00:00Kementerian Kesehatan KKM mengesahkan sehingga kini tiada kes Ebola dilaporkan di negara ini walaupun wabak disebabkan virus Bundi Bujo itu
00:09kini melanda Republik Demokratik Kongo, DRC dan Uganda.
00:14Bagaimanapun, KKM berkata pihaknya terus memperkukuh langkah kesiapsiagaan dan pemantauan mengambil kira risiko penyebaran kes melalui perjalanan antarabangsa.
00:26Katanya pemantauan turut dijalankan terhadap pengembara yang memasuki Malaysia dari Uganda dan DRC termasuk mereka yang melalui penerbangan transit di
00:36hub antarabangsa seperti Dubai, Doha dan Singapura.
00:40Dalam satu kenyataan, KKM memaklumkan buat masa ini tiada penerbangan terus dari kedua-dua negara itu ke Malaysia.
00:47Selain itu, KKM turut mempertingkatkan kesiapsiagaan di semua pintu masuk antarabangsa termasuk lapangan terbang dan pelabuhan selain memperkukuh pengesanan awal
00:58kes melalui sistem surveillance penyakit berjangkit sedia ada.
01:02Katanya, kesiapsiagaan fasiliti kesihatan bagi pengesanan, pengasingan dan pengurusan kes disyaki turut dipertingkat termasuk pematuhan langkah pencegahan dan kawalan jangkitan
01:14IPC.
01:15KKM berkata, kementerian juga memastikan kesiapsiagaan alat pelindungan diri, PPE dan latihan petugas kesihatan berada pada tahap optimum selain memperkasa
01:25kapasiti diagnostik makmal melalui kerjasama bersama Institut Penyelidikan Perubatan, IMR dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan, MKAK.
01:35Sehubungan itu, individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke negara terbabit dinasihat mendapatkan rawatan segera jika mengalami gejala seperti demam, sakit
01:45badan, muntah atau pendarahan dalam tempoh 21 hari selepas pulang dari negara itu.
01:51Terima kasih telah menonton!
Comments