Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperkukuh kesiapsiagaan bagi menghadapi kemungkinan pembubaran DUN di Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dengan melaksanakan pelbagai langkah proaktif termasuk penyelarasan operasi, latihan petugas serta kemas kini logistik. Pada masa sama, persediaan bagi PRU16 turut dipergiat susulan bayangan pilihan raya lebih awal.
Transcript
00:26Pilihan Raya SPR
00:31Ujah beliau, langkah tersebut termasuk penyelarasan antara pejabat pilihan raya negeri dengan pihak pentadbiran setiap usaha kerajaan negeri terlibat.
00:40SPR turut melaksanakan kemas kini lokasi serta kemudahan logistik pusat mengundi selain mengadakan latihan bersama petugas pilihan raya serta penilaian
00:49keperluan peralatan di negeri berkaitan.
00:52Selain itu, SPR juga giat menjalankan penelitian dan pengumpulan maklumat berkaitan keperluan operasi serta logistik bagi pilihan raya umum ke
01:01-16.
01:02Bagaimanapun, anggaran kos keseluruhan pilihan raya akan diperincikan berdasarkan keperluan semasa serta ketetapan pelaksanaan apabila diputuskan kelak.
01:11Dalam pada itu, SPR turut bekerjasama rapat dengan agensi berkaitan termasuk Kementerian Kewangan bagi memastikan segala keperluan dan perolehan dapat
01:21diuruskan secara teratur dan berhema.
01:24Pada 17 Mei lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa pilihan raya umum ke-16 berkemungkinan diadakan
01:32lebih awal berbanding tempoh akhir penggal semasa pada Disember 2027.
01:37Sehubungan itu, SPR menegaskan pihaknya sentiasa bersedia menghadapi kemungkinan pembubaran parlimen selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Pilihan Raya.
Comments

Recommended