00:00Dutch Lady Milk Industries Berhad mencatatkan prestasi kewangan lebih kukuh bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2026
00:08dengan peningkatan hasil dan keuntungan bersih di sokong jualan lebih tinggi serta keadaan pasaran yang stabil.
00:15Syarikat pengeluar produk tenusuh itu merekodkan hasil sebanyak RM397.8 juta,
00:21meningkat 6.5% berbanding RM373.4 juta bagi tempoh sama tahun lalu.
00:28sekaligus mencatatkan hasil suku tahunan tertinggi dalam sejarah kumpulan.
00:35Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Dutch Lady memaklumkan pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan jualan susu cair teras
00:44serta prestasi kukuh saluran luar rumah seperti kafe, restoran dan institusi.
00:50Selain itu, pelancaran produk baru sejak tahun lalu turut menyokong momentum jualan
00:56di samping permintaan stabil terhadap produk nutrisi harian.
01:01Keuntungan operasi meningkat kepada RM42.2 juta naik 21.5% berbanding tahun sebelumnya
01:09hasil pertumbuhan volume dan kecekapan kos.
01:14Bagaimanapun, angka itu susut 9.5% berbanding suku keempat 2025
01:19disebabkan peningkatan kos input serta perbelanjaan pengiklanan dan promosi yang lebih tinggi.
01:26Keuntungan sebelum cukai melonjak kepada RM40.7 juta meningkat 23.6%
01:33manakala keuntungan selepas cukai mencecah RM30 juta naik 19.7%.
01:41Peningkatan ini turut dipacu ketiadaan kos sekali sahaja berjumlah RM8.3 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya.
01:51Syarikat turut mendapat manfaat daripada kadar pertukaran mata wang yang lebih baik
01:55dan penurunan sebagian kos komoditi walaupun masih berdepan tekanan harga bahan mentah tertentu.
02:02Dari segi kedudukan kewangan, jumlah aset kumpulan susut kepada RM1.03 bilion berikutan pengurangan tunai dan inventori.
02:12Inventori pula menurun kepada RM187.5 juta mencerminkan pengurusan stok yang lebih cekap
02:20serta perubahan corak permintaan.
02:22Bagi tahun 2026, Dutch Lady menjangkakan persekitaran perniagaan kekal mencabar,
02:29susulan tekanan kos bahan mentah, tenaga dan logistik termasuk faktor ketidaktentuan geopolitik global.
02:37Harga susu mentah dijangka meningkat pada separuh kedua tahun ini dan berpotensi menekan majin keuntungan.
02:43Namun permintaan pengguna terhadap produk nutrisi asas dijangka kekal stabil
02:49disokong pendapatan boleh guna yang berdaya tahan
02:53serta bantuan kerajaan seperti sumbangan asas rahma.
02:57Syarikat akan terus memberi tumpuan kepada kecekapan operasi, inovasi produk dan pengukuhan jenama
03:03selain memanfaatkan fasiliti baru berteknologi IR 4.0 di Bandar Enstek
03:09bagi meningkatkan kapasiti dan kecekapan pengeluaran.
03:13Pagi Benutrisi, bermula dengan sarapan yang sihat.
Comments