Skip to playerSkip to main content
  • 3 hours ago
Senat AS meluluskan undian prosedur untuk mengehadkan kuasa presiden meneruskan operasi ketenteraan terhadap Iran tanpa kelulusan Kongres, namun usul itu masih berdepan halangan di Dewan Perwakilan dan kemungkinan veto.
Transcript
00:00Senat Amerika Syarikat pada selasa meluluskan usul awal berkaitan kuasa perang yang bertujuan menamatkan perang dengan Iran, sekiranya Presiden Donald
00:09Trump gagal mendapatkan kebenaran Kongres.
00:11Langkah itu dilihat sebagai teguran jarang berlaku terhadap pemimpin Republikan itu selepas 80 hari operasi ketenteraan Amerika Syarikat dan Israel
00:19ke atas Iran bermula.
00:23Undian prosedur bagi membawa usul tersebut ke peringkat seterusnya menyaksikan keputusan 50 menyokong dan 47 menolak.
00:30empat sanitar Republikan menyokong usul itu bersama hampir sebuah sanitar Demokrat, manakala tiga sanitar Republikan tidak hadir mengundi.
00:37Keputusan itu dianggap kemenangan bagi ahli Kongres yang menegaskan hanya Kongres mempunyai kuasa untuk menghantar tentera ke medan perang seperti
00:44yang termaktub dalam Perlembagaan Amerika Syarikat.
00:46Bagaimanapun, ia hanya undian awal dan usul tersebut masih berdepan laluan sukar sebelum boleh dikuatkuasakan.
00:52Walaupun usul itu diluluskan di Senat yang mempunyai 100 ahli, ia masih perlu mendapat sokongan Dewan Pewakilan yang dikuasai Republikan.
00:59Selain itu, usul berkenaan memerlukan majoriti dua per tiga di kedua-dua Dewan untuk mengatasi kemungkinan veto oleh Trump.
01:06Sebelum ini, Republikan yang menyokong Trump telah menyekat tujuh percubaan membawa usul sama di Senat tahun ini.
01:11Mereka juga menggagalkan tiga usul kuasa perang di Dewan Perwakilan melalui undian tipis.
01:15Pihak Republikan dan White House mempertahankan tindakan Trump dengan menyatakan operasi ketenteraan terhad itu sah di sisi undang-undang
01:22dan berada dalam kuasa presiden sebagai ketua pemerintah tentera untuk melindungi Amerika Syarikat.
01:27Sebahagian ahli Republikan di Kongres turut menuduh Demokrat membawa usul kuasa perang itu semata-mata kerana perbezaan politik dan perintangan
01:34terhadap Trump.
01:35Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended