Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Mengambil kira perkembangan terkini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump,mendakwa gencatan senjata dengan Iran berada dalam keadaan kritikal, selepas Washington menolak reaksi balas tehran terhadap cadangan damai Amerika Syarikat.
Transcript
00:00Untuk mengetahui apakah perkembangan terkini mengenai konflik di Asia Barat, kita terus saja bersama dengan pihak Nadia.
00:05Pia, apa yang kita perlu ketahui dan juga perlu fahami sehingga mungkin 24 jam kebelakang ini?
00:11Apa yang terbaru dalam hal konflik di Asia Barat, Amerika dan juga Iran ini?
00:15Baik, terima kasih Zul.
00:17Baik, kita mengambil kira perkembangan terkini, yang mana Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump
00:23mendakwa bahawa gensyataan sejata dengan Iran kini berada dalam keadaan yang kritikal.
00:28Dan, ironiknya lah Zul, Trump juga menyifatkan tututan Iran ini sebagai tidak masuk akal dan quote-unquote, a piece of
00:40garbage.
00:41Zul, kita tahu bahawa beberapa siri rundingan damai sejak April dilihat masih lagi gagal menghasilkan persetujuan yang mutamat
00:48dan konflik sudah pun memasuki minggu ke-10.
00:51Pada jam ini, kita akan recap semula intipati isu yang dikemukakan dalam perjanjian damai.
00:57Yang pertama, kita lihat penamatan perang, yang mana Amerika Syarikat mahu Iran terima syarat damai dan tamatkan perang terlebih dahulu.
01:08Dan itu adalah dari sisi Amerika Syarikat.
01:11Bagaimana pula dari sisi Iran, yang mana mereka mahukan jaminan bahawa kejataan sejata akan dipatuhi dan serangan tidak berulang.
01:19Yang kedua, kita ada Selat Hormuz yang merupakan choke point lah Zul.
01:24Laluan yang strategik, yang mana Iran mahu kawalan ke atas Selat Hormuz diiktirafkan dan Amerika Syarikat terus menggunakan sekatan maritim
01:33terhadap Iran sebagai tekanan utama.
01:36Dan seterusnya, konflik di Selat Hormuz beri kesan kepada laluan hampir 20% bekalan minyak dunia.
01:42Seterusnya, program nuklear.
01:44Amerika Syarikat mahu Iran menghentikan penggayaan uranium dalam tempoh panjang.
01:49Iran pula menegaskan program nuklear ini hanyalah untuk tujuan aman.
01:56Dalam pada itu, Zul pihan juga mahu hak penggayaan uranium ini terus diiktiraf.
02:01Dan seterusnya, peluru berpandu balistik.
02:05Yang mana kalau kita boleh fahami di sini, Washington sebenarnya mahu Iran mengehadkan jarak peluru berpandu balistiknya.
02:13Dan Iran pula enggan membincangkan keupayaan ketenteraannya.
02:17Dan seterusnya, kita ada sekatan ekonomi.
02:20Iran mahu sekatan ekonomi ditarik balik.
02:24Iran pula turut menuntut aset negara yang dibekukan dilepaskan.
02:30Seterusnya, Iran juga mahu pampasan terhadap kerosakan perang.
02:34Dan ini adalah sedikit sebanyak perincian yang saya kongsikan di sini.
02:38Mungkin balik kepada Zul. Zul mungkin ada soalan.
Comments

Recommended