00:00Hari ini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pemimpin China Xi Jinping
00:04dijangka membincangkan isu-isu sensitif yang memecah-belahkan dua kuasa besar dunia
00:10apabila mereka bertemu di Beijing.
00:13Agenda penting pertemuan kedua-dua pemimpin itu tentunya Perang Iran,
00:17Konflik Perdagangan dan Isu Taiwan.
00:21Xi Jinping menyambut Trump dengan penuh istiadat ketika mereka bertemu di Dewan Besar Rakyat.
00:26Kedua-dua pemimpin juga dijadual menghadiri jamuan negara pada waktu malam di Dewan tersebut.
00:33Manakala Trump akan melawat Temple of Heaven, tapak warisan dunia
00:36di mana Maharaja China suatu ketika dahulu berdoa untuk hasil tuayan yang baik.
00:41Trump tiba untuk sidang kemuncak dua hari itu menaiki pesawat Air Force One lewat malam Rabu
00:46diiringi beberapa ketua pegawai eksekutif utama termasuk Jensen Huang dari NVIDIA
00:51dan Elon Musk dari Tesla.
00:54Pada Khamis, Trump dan Xi Jinping dijadual minum teh dan mengadakan makan tengah hari
00:59sebelum Trump pulang ke Washington.
01:01Lawatan ke Beijing itu merupakan lawatan pertama seorang Presiden Amerika Syarikat ke China
01:05dalam hampir sedekat.
01:06Trump sebelum ini melawat China pada 2017.
01:10Selepas lawatan pertama itu, Trump melancarkan pelbagai tarif dan sekatan terhadap barangan China.
01:15Beliau mengulangi tindakan tersebut selepas kembali ke White House tahun lalu
01:18mencetuskan perang perdagangan sebelum Jinping dan Trump bersetuju kepada gencatan tarif pada Oktober.
01:24Sementara itu, perang Iran dikatakan berpotensi melemahkan kedudukan Trump dalam rundingan dengan Jinping
01:29selain memaksanya menangguhkan pertemuan yang asalnya dirancang pada Mac.
01:34Trump berkata beliau menjangkakan perbincangan panjang dengan Jinping mengenai Iran
01:37yang menjual sebagian besar minyaknya yang dikenakan sekatan Amerika Syarikat kepada China.
01:42Trump dan Jinping dijangka membincangkan lanjutan gencatan tarif selama setahun
01:46yang dicapai ketika pertemuan terakhir mereka di Korea Selatan pada Oktober
01:50namun perjanjian baru masih belum pasti.
01:53Isu Taiwan juga dijangka dibangkitkan.
01:55Trump pada istin berkata beliau akan bercakap dengan Jinping
01:58mengenai penjualan senjata Amerika kepada Taiwan,
02:01sebuah wilayah diperintah sendiri tetapi dituntut oleh China.
02:05Trump juga berharap dapat memperolehi tarikh rasmi
02:08untuk lawatan balas Jinping ke Amerika Syarikat pada akhir 2026
02:12bagi membuktikan hubungan rapat beliau dengan pemimpin China itu.
Comments