00:00Harga minyak meningkat sedikit apabila pelabur menantikan pertemuan antara Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping dengan
00:08pasaran terus memberi tumpuan kepada perkembangan perang Iran.
00:12Nihaga hadapan minyak mentah Brent naik 13 sen atau 0.12% kepada 105.76 dolar setong pada pagi Kamis.
00:21Manakala niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate WTI, Amerika Syarikat meningkat 12 sen atau 0.12% kepada 101
00:31.14 dolar setong.
00:36Kedua-dua penanda aras minyak itu jatuh pada rabu susulan kebimbangan pelabur terhadap kemungkinan kenaikan kadar faedah di Amerika.
00:43Kontrak Brent susut lebih 2 dolar setong, manakala WTI turun lebih 1 dolar Amerika setong.
00:50Trump tiba di Beijing pada rabu malam dan dijadual mengadakan beberapa siri pertemuan bersama Xi Jinping dengan matlamat meraih keuntungan
00:58ekonomi,
00:58mengekalkan gencatan tarif perdagangan yang rapuh serta menangani isu sensitif seperti perang Iran dan penjualan senjata kepada Taiwan.
01:06Walaupun Trump berkata beliau tidak memerlukan bantuan China untuk menamatkan perang dengan Iran,
01:11beliau dijangka tetap meminta sokongan Xi Jinping bagi menyelesaikan konflik.
01:15Namun penganalisis berpendapat, Trump mungkin tidak mempunyai sokongan seperti yang diharapkan.
01:20Iran pula dilaporkan memperketat kawalannya ke atas selat hormus selain menjalin perjanjian dengan Irak dan Pakistan
01:27bagi penghantaran minyak serta gas asli cecair LNG dari rantau tersebut.
01:32China kekal sebagai pembeli terbesar minyak Iran walaupun berdepan tekanan sekatan daripada pentadbiran Trump.
01:38Lebih 80% ekspor minyak Iran pada 2025 dihantar ke China apabila penapis bebas China mengambil peluang membeli minyak Iran
01:46yang dijual pada harga diskaun kerana sekatan Amerika.
01:50Terima kasih telah menonton!
Comments