00:00Ronald Dilarosa, seorang bekas ketua Perang Dadah Rodrigo Duterte, menggesa sokongan tentera untuk menghalang usaha kerajaan menangkap dan menghantarnya ke
00:10Belanda bagi menghadapi perbicaraan atas tuduhan jenayah takdak kemanusiaan.
00:14Dilarosa, senator yang juga bekas ketua Polis Negara, kini berada di bangunan senat selama tiga hari selepas kepimpinan badan itu
00:23menghentikan usaha kerajaan untuk menyerahkan waran tangkap daripada Mahkamah Jenayah Antarabangsa ICC berhubung peranannya dalam Perang Dadah Duterte.
00:35Dilarosa yang lebih dikenali dengan gelaran batu dituduh melakukan jenayah takdak kemanusiaan iaitu pembunuhan bersama Duterte dan beberapa individu lain.
00:44Beliau turut menyeru rakan seperjuangan seperti bekas pelajar di Akademi Tentera Filipina supaya menyuarakan pandangan bahawa kerajaan Presiden Ferdinand Marcos
00:53Jr. tidak sepatutnya menyerahkannya kepada pihak asing.
00:56Pada Rabu, di luar bangunan senat, kira-kira 500 anggota polis rusuhan berdepan dengan sekitar 250 penunjuk perasaan yang menuntut
01:04penangkapan dan penyerahan beliau kepada ICC.
01:07Tidakan keras perang dadah itu menyebabkan ribuan kematian dengan kebanyakan mangsa terdiri daripada pengguna dadah dan penjual kecil.
01:14Dilarosa menjadi ketua polis dari 2016 hingga 2018 semasa dua tahun pertama pentadbiran Duterte.
01:21Duterte yang ditangkap pada Mac tahun lalu dihantar ke Belanda pada hari yang sama dan kini ditahan di The Hague
01:27bagi menunggu perbicaraan.
01:29Dilarosa tidak kelihatan di kalayak sejak November sebelum muncul pada Isnin untuk mengambil bahagian dalam undian yang membantu sekutu Duterte
01:37menguasai senat.
01:38Kepimpinan senat baru berkata mereka hanya akan membenarkan penangkapan Dilarosa jika diperintahkan oleh Mahkamah Filipina.
01:46Jurucakap Presiden berkata Marcos Jr. tidak akan campur tangan dalam keputusan senat.
01:51Mahkamah Agong masih belum memutuskan petisyen Dilarosa untuk menghalang kerajaan Manila melaksanakan waran tangkap ICC.
Comments