Skip to playerSkip to main content
Pemuda UMNO, PKR dan Amanah Terengganu menyifatkan permohonan maaf dibuat Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh berhubung kenyataan didakwa menghina sahabat Rasulullah SAW sebagai tidak telus dan mempunyai percanggahan, lapor wartawan Sinar Harian, Norhaspida Yatim.

​Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Tengku Haphiz Tengku Putera berkata, pihaknya bersama dua rakan gabungan tampil membuat laporan polis bagi menuntut siasatan menyeluruh berhubung ucapan yang dianggap biadap dan memesongkan fakta sejarah Islam itu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779784/berita/politik/buat-permohonan-maaf-secara-telus-akui-kesilapan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNO #PKR #Amanah permohonanmaaf #NikMuhammadZawawiSalleh

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kami anak-anak muda terasa terpanggil untuk bertanggungjawab ke atas tanah watan kami
00:06kerana ucapan itu dibuat oleh yang berhormat di kawasan dan negeri kami
00:11dan kenyataan tersebut sangat cabul bagi kami
00:15kerana ianya berkisar tentang penghinaan kepada sahabat-sahabat Kulafa Arashidin
00:21dan ianya jelas lari daripada fakta yang sebenarnya
00:25dan kita faham bahawa ianya bukan sahaja memesong malahan pada saya ianya fitnah kepada para sahabat
00:33lebih-lebih lagi mereka ini juga adalah kumpulan yang sangat disayangi oleh Allah SWT dan juga Rasulullah SAW
00:40dan saya dikongsikan oleh sahabat-sahabat saya sebentar tadi
00:46bahawa yang berhormat telah membuat permohonan maaf
00:49cuma yang menjadi kerisauan dan kegusaran kita
00:53ialah 20 jam yang lepas beliau masih tegak dengan apa yang disampaikan
00:58ketika mana ceramah politik beliau
01:00dan saya rasa ianya bukanlah menjadi pertaruhan kepada perasaan seluruh umat Islam
01:08ataupun perasaan rakyat negeri Terengganu
01:10kerana ini soal imej kepada Islam
01:12dan beliau sebagai salah seorang yang dianggap oleh kumpulannya sebagai ustaz dan juga ulama'
01:19seharusnya tidak boleh berbuat demikian
01:21dan kenyataan beliau juga saya agak terkejut
01:24bila mana permohonan maaf beliau sebut
01:27dia kata bahawa
01:28ada sahabat-sahabat yang datang menyokong kenyataannya
01:33dan dalam masa sama ada yang menegur
01:35tapi tidak membantah
01:36jadi persoalan kita siapa di kalangan
01:39rakan-rakan yang berhormat
01:41yang bersekongkol
01:43bersetuju dengan kenyataan tersebut
01:45dan bersetuju maksudnya tidak membantah
01:48jadi ini pun menjadi persoalan kepada kita
01:51lagi-lagi beliau sebagai sentiusa Dewan Ulama' PAS
01:54Pusat
01:55sudah tentu memahami
01:57adab ilmu
01:58dan tentu lebih memahami bagaimana untuk
02:01menyampaikan iktibar kepada umat Islam
02:05dan
02:06kami tidak sangat faham
02:08kami sangat-sangat tidak faham
02:10bahawa kenapa untuk dijadikan
02:11cerita palsu ini
02:14dijadikan sebagai ibrah
02:15kepada ucapan politik beliau
02:17dan saya juga nak menyuruh kepada
02:18rakan-rakan yang di luar sana
02:21untuk sama-sama mendokong
02:23untuk kita mungkin kena buat laporan
02:27di peringkat jabatan agama juga
02:28pada kita
02:30tindakan undang-undang tidak akan mengisahkan seseorang
02:33sekiranya
02:34ianya tidak dibuat dengan
02:35rasa bertanggungjawab
02:38jadi dalam permohonan maaf
02:41seperti mana yang
02:42tersebar beberapa minit yang lepas
02:44ianya ada beberapa item
02:48yang kita fikir
02:49ianya kontradik
02:50dengan apa yang disebut dalam
02:52frasa kemaafan
02:53jadi kita nak minta
02:54supaya
02:55ini dah di luar kawalan
02:57netizen
02:58di luar kawalan
02:59kita semua untuk mendesak
03:01jadi kita serahkan kepada pihak berkuasa
03:03untuk buat siasatan
03:05dan selepas pada ini
03:06mungkin yang berhormat boleh buat kenyataan
03:08yang lebih
03:10tuntas dan lebih telus
03:12kepada pihak berkuasa
03:13jadi sebab itu saya rasa
03:16seharusnya lah
03:17pandangan kita
03:17anak-anak muda terengganu
03:18kita berpandangan bahawa
03:20sepatutnya mohon maaf je
03:21bahawa silap
03:22memang kenyataan tu silap
03:24semua orang tahu
03:25ada kenyataan silap
03:25mungkin kami ni bukanlah
03:27sebagai ulamak
03:28tapi
03:28taklah jahil sangat
03:30dalam bab-bab sirah
03:31nabawiyah ni
03:31terima kasih kerana menonton!
03:36terima kasih kerana menonton!
03:36terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended