00:00Industri pelancongan di Langkawi kekal kukuh dan berdaya saing meskipun berdepan cabaran ekonomi semasa hasil kerjasama berterusan antara agensi berkaitan
00:08dan pemain industri tempatan.
00:11Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perancangan dan Pembangunan Lembaga Pembangunan Langkawi LADA, Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin, berkata,
00:19sektor pelancongan di Pulau Peranginan itu masih mampu bertahan dengan pelbagai usaha penambahbaikan yang dilaksanakan secara berterusan.
00:29Menurut beliau, LADA bersama pemain industri terus mempergiakan promosi pelancongan bagi memastikan Langkawi kekal menjadi destinasi pilihan pelancong domestik dan
00:37antarabangsa.
00:38Dalam keadaan ekonomi ini, keupayaan industri pelancongan di Langkawi untuk kekal bertahan, kekal berdaya saing, masih lagi dalam keadaan yang
00:53intek, kukuh.
00:54Walaupun LADA dan juga pemain-pemain industri sentiasa bekerjasama dalam aspek contohnya promosi.
01:04Kita masih lagi meneruskan promosi dengan industri, pemain-pemain industri.
01:10Selain daripada itu, kita juga terus meningkatkan kualiti perkhidmatan.
01:14Kita menyediakan, mengadakan beberapa kursus untuk pemain-pemain industri dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka kepada pengunjung.
01:25Jadi, kita harapkan selepas perkara-perkara ini dapat dijalankan dengan lancar, kemasukan pelancongan Langkawi akan meningkatkan setiap nilai ringgit yang
01:40mereka belanjakan.
01:41Itu yang kita harapkan yang akan berlaku, memberi kesan yang positif kepada industri pelancongan Langkawi.
01:51Katanya, inisiatif itu penting bagi memastikan pengunjung menerima pengalaman perkhidmatan yang lebih berkualiti sepanjang berada di Langkawi.
01:59Beliau berharap segala usaha yang dilaksanakan dapat membantu meningkatkan kemasukan pelancong ke pulau itu sekaligus memberi kesan positif kepada ekonomi
02:07setempat.
02:07Tambahnya, peningkatan jumlah pelancong juga diharap mampu meningkatkan nilai perbelanjaan pelawat di Langkawi dan seterusnya merancarkan lagi industri pelancongan tempatan.
02:20Terima kasih telah menonton!
Comments