Skip to playerSkip to main content
  • 14 hours ago
WHO melaporkan tiada kematian baharu wabak hantavirus berkait kapal persiaran sejak 2 Mei. Sebanyak 11 kes dikenal pasti, majoritinya disahkan virus Andes, dengan pemantauan antarabangsa terus diperkukuh.
Transcript
00:00Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO memaklumkan tiada kematian baru akibat wabak hantar virus yang dikaitkan dengan kapal persiaran dilaporkan sejak 2
00:09Mei lalu,
00:10manakala risiko kesihatan awam global kekal rendah.
00:14Ketua Pengarah WHO Tedros Adenom Ghebreyesus berkata sebanyak 11 kes dilaporkan kepada agensi itu setakat 12 Mei lalu.
00:22Menurutnya, 8 daripada kes perkenaan telah disahkan melalui ujian makmal sebagai jangkitan disebabkan virus Andes.
00:29Strain yang menyebabkan wabak kali ini iaitu virus Andes juga boleh merebak antara manusia melalui kontak rapat secara berpanjangan khususnya
00:37dalam ruang tertutup.
00:38Beliau berkata satu lagi kes masih menjalani ujian makmal lanjut.
00:42WHO katanya akan terus menilai risiko kepada populasi global sebagai rendah.
00:47Agensi berkenaan terus berhubung rapat dengan pakar dari semua negara terlibat serta menerima laporan kesihatan mingguan berkaitan penumpang dan kru
00:55menerusi saluran rasmi peraturan kesihatan antarabangsa.
00:59Menurut Tedros, usaha penyelarasan antarabangsa masih diteruskan bagi menyokong langkah melindungi kesihatan awam.
Comments

Recommended