Skip to playerSkip to main content
  • 13 hours ago
Melaka memperuntukkan lebih RM22 juta dalam tempoh tiga tahun bagi memperkukuh sektor kesihatan termasuk menaik taraf klinik, membina blok wanita dan kanak-kanak Hospital Melaka serta memperjuangkan pembinaan hospital baharu.
Transcript
00:00Kerajaan Melaka memperuntukkan lebih RM22 juta dalam belanjawan negeri sepanjang 3 tahun ini bagi memperkasakan sektor kesihatan.
00:09Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri A.B. Rauf Yusof, usaha itu selaras dengan keutamaan kerajaan negeri untuk memperkukuh sistem perikmatan
00:17dan penyampaian kesihatan kepada rakyat
00:19serta menjaga kebajikan warga kesihatan yang menjadi tulang belakang sektor berkenaan.
00:28Menurutnya, sektor kesihatan negeri tidak boleh dipandang ringan kerana sistem kesihatan kini berdepan pelbagai tekanan termasuk peningkatan jumlah pesakit,
00:36kerencauan penyakit serta jangkaan rakyat yang semakin tinggi terhadap mutu perkhidmatan.
00:41Abdul Rauf berkata, sepanjang tempoh 3 tahun itu, lebih 87 klinik kesihatan di seluruh negeri berjaya dinaik taraf terhadap 13
00:48klinik kesihatan dan klinik desa
00:50dalam Parlimen Masjid Tanah bagi memastikan akses rawatan lebih selesa dan berkualiti kepada rakyat.
00:56Beliau turut memaklumkan blok wanita dan kanak-kanak di Hospital Melaka akan dibina tahun ini sebagai langkah memperkukuh kapasiti kesihatan
01:04negeri untuk masa depan.
01:06Selain itu, katanya kerajaan negeri bersyukur apabila kerajaan persekutuan meluluskan projek pembinaan hospital angkatan tentera di kamp terendak
01:13yang dijangka memberi manfaat kepada anggota keselamatan serta keluarga mereka.
01:17Pada masa sama, beliau berkata beberapa inisiatif turut diperkenalkan kerajaan negeri termasuk penglibatan komuniti dalam bantuan awal kecemasan,
01:26inisiatif 1 PBT, 1 Ambulans serta pemasangan sistem kecemasan di lokasi pelancongan utama.
01:32Tambah beliau, kerajaan negeri juga sedang memperjuangkan keperluan pembinaan hospital baru di Melaka memandangkan hospital utama negeri itu telah beroperasi
01:41hampir 90 tahun.
01:42Pada majlis sama, Abdul Ra'uf turut mengumumkan sumbangan RM11,500 kepada pesara kesihatan di Parlimen Masjid Tanah
01:50serta RM1,500 kepada lima serikan di kesihatan yang telah lama berkhidmat dalam sektor berkenaan.
01:57Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended