00:00Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan KPKT menyarankan semua pihak berkuasa tempatan PBT di seluruh negara
00:07mempertimbangkan pengurangan kadar sewaan primis perniagaan, gerai dan medan selera
00:12bagi membantu meringankan beban penjaja serta peniaga kecil.
00:16Menurut Menterinya, Nga Kouming langkah itu dicadangkan sehingga penghujung tahun 2016
00:20sebagai kesinambungan usaha kerajaan madani dalam menjaga kebajikan rakyat
00:25yang berdepan peningkatan kos operasi ketika ini.
00:30Menurut beliau, KPKT turut menyambut baik cadangan Majlis Tindakan Ekonomi Negara M10
00:35supaya PBT menyediakan insentif bersesuaian kepada peniaga yang menyewa primis di bawah seliaan masing-masing.
00:42Katanya langkah strategi itu mampu membantu mengurangkan tekanan kos operasi
00:47selain merangsang pertumbuhan ekonomi di peringkat akar umbi.
00:51Beliau berkata, inisiatif tersebut juga penting bagi memastikan kelansungan operasi perniagaan
00:56mengekalkan peluang pekerjaan serta memperkukuh daya tahan ekonomi komuniti setempat.
01:01Tambah Kouming, pengurangan kadar sewaan bukan saja membantu peniaga kecil meneruskan perniagaan
01:06malah turut menyumbang kepada kestabilan harga, barangan dan perkhidmatan untuk pengguna.
01:12Dalam masa sama, beliau menghargai tindakan beberapa PBT termasuk Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur di BKL
01:17yang telah melaksanakan pengurangan kadar sewaan sehingga 50% bagi primis dan gerai tertentu di bawah seliaannya.
01:25Menurut beliau lagi, langkah itu melengkapkan pelbagai usaha kerajaan madani dalam membantu komuniti peniaga kecil
01:31termasuk menerusi program bantuan keusahawanan, penaik tarafan medan selera dan pasar awam
01:37serta pelaksanaan inisiatif MyKios.
01:40Kerajaan telah melaksanakan beberapa pendekatan lain bagi menangani kos sari hidup rakyat
01:44seperti Sumbangan Tunai Rahmah STR, Program Sumbangan Asas Rahmah Sara
01:48serta inisiatif Budi Madani termasuk Budi Diesel dan Budi 95.
Comments