Skip to playerSkip to main content
  • 1 hour ago
Datuk Seri Rafizi Ramli hari ini mengemukakan dokumen setebal 28 muka surat bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM.
Transcript
00:00Datuk Seri Rafizi Ramli hari ini mengemukakan dokumen setebal 28 muka surat bagi membantu siasatan suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia
00:08SPRM.
00:09Ia berhubung siasatan melibatkan perjanjian pelaburan kerajaan bernilai RM1.1 bilion dengan syarikat semiconductor berpangkalan di United Kingdom, Arm Holdings
00:20PLC.
00:22Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi menjelaskan dokumen tambahan berkenaan supaya SPRM mendapat gambaran lebih menyeluruh berhubung rundingan dan pelaksanaan
00:32kerjasama terbabit.
00:35Saya secara sukarela ingin membuat keterangan tambahan supaya boleh membantu siasatan SPRM itu supaya lebih menyeluruh dengan bukti-bukti lain
00:52yang tidak disoal siasat semasa tempoh mengambil keterangan minggu lepas.
00:58Hari ini saya hadir dengan banyak lagi bukti yang pada pandangan saya sepatutnya diambil kira oleh SPRM dan pasukan penyiasat
01:17dalam membuat keputusan bagaimana nak melengkapkan siasatan ini supaya menjadi lebih menyeluruh.
01:26Mengulas lanjut, Rafizi berkata dokumen tambahan itu turut merangkumi laporan media, kenyataan rasmi serta pengumuman dasar melibatkan kerjasama dengan Arm
01:35Holdings.
01:36Dalam pada itu, Rafizi mendakwa masih ramai saksi yang berkaitan tidak dipanggil bagi membantu siasatan berhubung usaha sama antara kerajaan
01:44dengan Arm Holdings.
01:46Jelas beliau antaranya ialah Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Keuangan II iaitu Datuk Seri Amir Hamzah
01:54Azizan.
01:55Rafizi pada 7 Mei lalu selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM selepas 4 hari berturut-turut hadir bagi membantu
02:03siasatan kes berkenaan.
02:05Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
02:10Terima kasih ..
02:10Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended