Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Insiden lubang benam di Wangsa Maju, Kuala Lumpur mencetuskan kebimbangan penduduk sekitar lokasi kejadian.

Di sebalik kejadian itu, timbul persoalan mengenai tahap keselamatan infrastruktur bawah tanah di ibu negara terutama apabila insiden hampir serupa pernah berlaku hingga meragut nyawa dalam insiden pada Ogos 2024 di Masjid India.

Ikuti tinjauan wartawan Khalis Khadir.
Transcript
00:00Insiden lubang benam di Wangsa Maju Kuala Lumpur mencetuskan kebimbangan penduduk sekitar lokasi kejadian.
00:07Di sebalik kejadian itu timbul persoalan mengenai tahap keselamatan infrastruktur bawah tanah di Ibu Negara,
00:13terutama apabila insiden hampir serupa pernah berlaku hingga meragut nyawa dalam kejadian pada Ogos 2024 di Masjid India.
00:21Ikuti tinjauan wartawan Khalis Khadir.
00:32Pening lah cakap kan. Kita kat sini tak pernah-pernah macam gini.
00:36Dulu tapi ada sekali dulu kena ada juga macam gini air bawah tanah kan dekat Seksyen 10.
00:43Masa maju juga.
00:44Ini tapi yang ni teruk ni tengah-tengah jalan raya tu.
00:50Kalau tiba-tiba kalau tengah malam orang lalu macam mana.
00:55Apa macam mana nak buat?
00:57Rasa macam takut lah sebab rumah-rumah kat sini tinggi-tinggi macam gini kan.
01:03Tiba-tiba ada macam gitu macam mendap macam tu.
01:08Dia takut.
01:10Dan tu nak macam mana?
01:11Pantau lah pihak-pihak yang berwajib.
01:14Dan sampai esok dah meragut nyawa.
01:17Baru nak ni.
01:19Macam tu terpaksa ada pantauan yang teliti lah.
01:23Harapan warga kota tingkatkan pemantauan secara berkala agar kejadian sedemikian tidak lagi berulang walau apa jua alasan teknikal.
01:35Saya kerja semasa malam tu.
01:36So saya bertemu daripada kawan saya lah.
01:38Dia hantar video TikTok.
01:40So saya tengok ini macam kawasan.
01:42Kawasan saya lah orang seri lima kan.
01:44So saya memang kerja ke arah sini lah.
01:47So macam ush dalam tu kawasan tu.
01:50So saya harap lokasi ni boleh ambil tindakan lah.
01:54Sebab bahaya lah sebab itu kawasan orang sini kan banyak orang kerja lalu lalang.
01:59Lepas tu dah tutup-tutup dengan apa tu.
02:02Dengan apa nama kun-kun tu kan.
02:05Terlalu juga tu saya tengok ada.
02:07Itu je lah yang saya tahu.
02:09Dia tak ada video tu dia tak tunjuk fully tau.
02:11Sebab apa macam dia pun tak tahu apa benda apa masalah berkuncang kan eh.
02:16Jadi kat situ kita tak boleh lah buat andaian.
02:21Jadi saya nak tahu benda tu betul ke tak betul.
02:23Tapi betul.
02:24Bila kita tak tahu macam mana nak jadi kan.
02:26Lepas tu sepatutnya pantau lah dengan sebaik mungkin untuk keselamatan.
02:31Sini ramai orang.
02:33Sini kira orang kata kawasan puncak orang ramai-ramai orang kerja makan sebagainya.
02:38Jadi kena ambil tindakan segera lah untuk betulkan balik supaya orang boleh lalu kan.
02:46Insiden lubang benam di wang sebaju ini mencetuskan persoalan tentang keselamatan infrastruktur bawah tanah di Ibu Negara.
02:54Terutama membabitkan kawasan yang padat dengan pembangunan dan utiliti.
03:00Namun apapun di BKL menegaskan insiden ini tidak berpunca daripada tanah mendap.
03:06Siasatan terperinci kini diteruskan dengan kemungkinan melibatkan kerja utiliti bawah tanah.
03:13Buat masa ini kawasan ini ditutup sepenuhnya selama dua minggu untuk kerja membaikan dan kawalan pemantauan keselamatan.
03:21Laporan kali sekadir bersama jurukamera Akhil Azmi di Sarawani.
Comments

Recommended