Skip to playerSkip to main content
  • 1 minute ago
Jho Low dilaporkan memohon pengampunan Presiden AS, Donald Trump, menurut rekod Jabatan Kehakiman. Permohonan masih pending ketika beliau berdepan pertuduhan penipuan 1MDB bernilai berbilion dolar dan kekal bebas.
Transcript
00:00Ahli perniagaan warga Malaysia dalam buruan dan dituduh oleh Amerika Syarikat sebagai dalang salah satu skandal penipuan kewangan terbesar dalam
00:08sejarah Jolo didakwa memohon pengampunan Presiden Donald Trump baru-baru ini.
00:13Menurut laman web Jabatan Kehakiman DOJ, permohonan atas nama Teg Jolo itu adalah untuk pengampunan selepas selesai menjalani hukuman.
00:23Status permohonannya masih dalam jawapan menunggu dan tiada butiran lanjut lain didedahkan.
00:28Jolo yang berdepan petuduhan menerleweng kira-kira 4.5 bilion dolar Amerika daripada 1MDB pada 2018 masih bebas.
00:38Pendakwa Raya Persekutuan mendakwa Jolo dengan bantuan dua bekas jurubank Goldman Sachs Group membayar kira-kira 2 bilion dolar dalam
00:45bentuk rasuah kepada pegawai asing.
00:481 bilion dolar dalam bentuk habuan pula dipercayai diberikan kepada peserta skim tersebut.
00:53Dengan Jolo sendiri didakwa memperoleh sekurang-kurangnya 1.42 bilion dolar.
01:00Salah seorang bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Lesnar, mengaku bersalah dan memberi keterangan semasa pembicaraan 2022 terhadap bekas rakan sekerjanya
01:09Roger Ng yang kemudiannya disabitkan kesalahan.
01:13Lesnar memberitahu juri bahawa Jolo memberi jaminan kepadanya bahawa Trump yang ketika itu merupakan presiden terlibat secara langsung dalam rundingan
01:20untuk menamatkan siasatan jenayah AS berkaitan skandal 1MDB.
01:25Lesnar berkata Jolo juga mendakwa kononnya telah berbincang tentang perkara itu dengan Jared Kushner, menantu Trump dan penasihatkanan White House
01:34ketika itu,
01:35serta mendapat sokongan untuk satu perjanjian yang membolehkan mereka mengelakkan petuduhan jenayah berkaitan penglibatan mereka dengan 1MDB.
01:44Jolo bagaimanapun diarahkan mula menjalani hukuman penjara selama dua tahun pada Februari lalu atas peranannya dalam kes penipuan tersebut.
01:52Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended