Skip to playerSkip to main content
  • 2 days ago
Menerusi kepimpinan Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi, landskap ekonomi telah berubah apabila pasaran antarabangsa kini dibawa masuk ke negeri itu, sekali gus memberikan kelebihan strategik kepada usahawan tempatan.
Transcript
00:00Kita akan teruskan dengan perkembangan seterusnya iaitu perusahaan mikro kecil dan sederhana PMKS di Johor digesa merebut peluang keemasan menerusi
00:08inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor Singapura JSS Exec untuk menembusi pasaran global tanpa perlu menanggung kos operasi yang tinggi di
00:15luar negara.
00:16Yang Pertua Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Johor DPMMJ Yazid Khalid berkata menerusi kepimpinan Menteri Besar Dato'un Hafiz Ghazi,
00:26langskap ekonomi telah berubah apabila pasaran antarabangsa kini dibawa masuk ke negeri itu sekaligus memberikan kelebihan strategik kepada usahawan tempatan.
00:37Ujah beliau, usahawan Johor sekarang bukan sahaja berpeluang bekerjasama dengan syarikat antarabangsa, malah dapat menjadi sebahagian daripada rantaian bekalan global
00:46tanpa perlu keluar dari negeri sendiri.
00:49Sehubungan itu kata beliau ia merupakan kelebihan strategik yang menjadikan Johor sebagai pintu masuk ekonomi dunia.
00:56Menurutnya, kerajaan Johor sudah menjadikan platform dan kini terpulang kepada usahawan PMKS untuk melangkah ke hadapan.
01:03Mengenai profil keusahawanan negeri, Yazid berkata hingga suku pertama 2024 dianggarkan terdapat 131,000 usahawan PMKS di Johor dengan lebih
01:1370% daripadanya usahawan mikro.
01:16Beliau berkata keberkesanan dasar sedia ada sama ada di peringkat persekutuan melalui agensi seperti Majlis Amanah Rakyat Marah dan Tabung
01:24Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga Tekun, Nasional mahupun peringkat negeri menerusi perbadanan usahawan Johor perlu diukur melalui kemampuan usahawan.
01:33Usahawan bertahan dalam jangka panjang.
01:35Menurut beliau, keberkesanan dasar sering diukur dengan tempoh masa iaitu berapa ramai usahawan yang masih bertahan selepas menerima pembiayaan lebih
01:43daripada lima tahun.
01:45Ini termasuk jumlah perniagaan yang berjaya berkembang tahap daripada mikro kecil kepada sederhana dan seterusnya.
01:51Selain itu, beliau turut menarik perhatian mengenai potensi besar dalam sektor peruncitan, makanan dan minuman, pertanian serta pelancongan yang dilihat
02:00mampu berkembang pesat dengan sokongan ekosistem kerajaan negeri serta kemasukan pelaburan asing.
02:05Beliau berkata usahawan mikro yang biasanya mempunyai jualan tahunan di bawah RM300,000 dan menggajikan kurang daripada lima pekerja perlu
02:14memanfaatkan platform latihan dan ruang pasaran yang disediakan untuk beralih ke tahap yang lebih tinggi.
02:21Terima kasih.
Comments

Recommended