Skip to playerSkip to main content
  • 9 minutes ago
Jabatan Peguam Negara meneliti kertas siasatan kematian pelajar tahfiz Wan Ahmad Faris. Keputusan akan dibuat dalam masa terdekat, susulan pembukaan semula siasatan PDRM selepas keputusan Mahkamah Koroner dan desakan keluarga.
Transcript
00:00Jabatan Peguam Negara sudah mengkaji dan meneliti kertas siasatan berhubung kes kematian Allahyarham Wan Ahmad Faris iaitu pelajar tahfiz ditemui
00:08mati dipercayai dibunuh pada 2013.
00:11Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Muhtab berkata pihaknya sudah menerima kertas siasatan yang diserahkan Polis Diraja Malaysia PDRM.
00:21Katanya keputusan berhubung kes berkenaan akan dibuat dalam masa terdekat.
00:25Media sebelum ini melaporkan keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman iaitu pelajar tahfiz yang ditemui mati dipercayai dibunuh
00:32pada 2013 berharap agar hasil siasatan berhubung kes anaknya didedahkan.
00:38Ibunya Rohani Husin berkata hingga kini mereka sekeluarga tidak mengetahui perkembangan terkini berhubung kes siasatan anaknya itu.
00:45Pada Desember 2013 Wan Ahmad Faris pelajar tingkatan 4 ditemui tergantung di dalam tandas asrama mahat tahfiz sains nurul aman
00:52Kotlanas.
00:53Mayaknya dilaporkan ditemui oleh penyelia asrama selepas mengesan bahawa busuk dari tandas berkenaan.
00:59Pakah forensik yang menjalankan bedah siasat mengesahkan kes itu sebagai kematian mengejut yang tidak mempunyai kaitan dengan unsur jenayah.
01:05Namun pada Jun 2016 Mahkamah Korona memutuskan bahawa kematian Wan Ahmad Faris disebabkan oleh tindakan individu yang tidak dikenal pasti.
01:13Bagaimanapun pada Ogos tahun lalu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifudun Nasution Ismail mengesahkan PDRM akan membuka semula kertas siasatan
01:20kes kematian pelajar tahfiz berkenaan.
01:23Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended