Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Kenaikan mendadak harga diesel memaksa ramai nelayan di Pelabuhan Perikanan Juwana menghentikan operasi. Kos bahan api yang tinggi menjejaskan jumlah bot beroperasi serta pendapatan kru yang bergantung kepada hasil laut.
Transcript
00:00Di sebalik kesibukan di pelabuhan perikanan Juwana di Indonesia, nelayan kini berdepan tekanan besar akibat kenaikan mendadak harga bahan api
00:08yang mengancam operasi mereka.
00:10Harga diesel dilaporkan meningkat beberapa kali dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini sekaligus menyebabkan ramai nelayan tiada lagi mampu turun
00:19ke laut.
00:22Pemilik bot, Akik Fali Al-Arif berkata, harga diesel yang sebelum ini sekitar RM14,000 seliter selepas ID50 kini meningkat
00:29sehingga antara RM27,000 hingga RM30,000 seliter.
00:33Menurut beliau, peningkatan kos itu memberi kesan besar kepada operasi perikanan termasuk di Juwana yang merupakan antara hak perikanan paling
00:39sibuk di Jawa Tengah.
00:41Ketua Persatuan Nelayan Parti, Eko Budiano berkata, daripada kira-kira 1,680 bot di Juwana, hanya sekitar 79 bot beroperasi
00:50pada Mac dan kira-kira 425 bot pada April.
00:53Keadaan itu turut menjejaskan kehidupan anak kapal yang bergantung sepenuhnya kepada hasil laut sebagai sumber pendapatan.
00:59Bagi ramai anak kapal berada di darat, bermakna kehilangan satu-satunya sumber rezeki.
01:04Mereka mengakui ia satu bebanan kerana tiada kemahiran lain selain ke laut.
01:07Keadaan yang berlarutan ini turut memberi tekanan besar kepada pemilik bot apabila kos yang semakin meningkat menyebabkan mereka kekurangan pilihan.
01:14Mereka berharap kerajaan dapat memperkenalkan dasar bagi membolehkan golongan nelayan kembali ke laut seperti biasa.
Comments

Recommended