Skip to playerSkip to main content
Di sebalik ‘lebuh raya digital’ haji

Di sebalik kelancaran operasi haji yang melibatkan 31,600 jemaah Malaysia musim ini, terdapat sekumpulan kecil petugas teknologi maklumat (IT) Tabung Haji (TH) yang menjadi tulang belakang kepada keseluruhan sistem pengurusan digital di Tanah Suci.

Daripada urusan penerbangan di tanah air hinggalah pemantauan pergerakan bas di Masyair, semuanya bergantung kepada sistem digital yang dibangunkan dan diselenggara tanpa henti oleh 16 petugas IT TH.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/779492/berita/nasional/di-sebalik-lebuh-raya-digital-haji

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #TabungHaji #Haji #digital

Category

🗞
News
Transcript
00:00Di sebalik kelancaran operasi haji yang melibatkan 31,600 jemaah Malaysia musim ini,
00:06terdapat sekumpulan kecil petugas teknologi maklumat IT Tabung Haji TH
00:10yang menjadi tulang belakang sistem pengurusan digital di Tanah Suci.
00:15Daripada urusan penerbangan di tanah air hinggalah pemantauan pergerakan bas di Masyair,
00:20semuanya bergantung kepada sistem digital yang dibangunkan dan diselenggara tanpa henti oleh 16 petugas IT TH.
00:28Pengarah Operasi Teknologi Maklumat TH Syamsul Kamal berkata,
00:32pasukan tersebut bertanggungjawab menyediakan lebuh raya digital
00:36bagi memastikan semua sistem, rangkaian, perisian dan peralatan berfungsi sepenuhnya
00:41sebelum ketibaan petugas serta jemaah.
00:44Kami adalah yang pertama sampai di Tanah Suci dan yang terakhir sekali balik.
00:49Jadi selalunya IT akan ada di sini lebih daripada 60 hari, lebih daripada 2 bulan.
00:57dan di situ ada satu cabaran utama.
01:00Dan keduanya, masa yang kami ada untuk syarat semua ini amat singkatlah.
01:08Sebab kami datang bergantung kepada pelepasan daripada Arab Saudi juga.
01:14Bila Arab Saudi beri tabasan, baru kami boleh datang.
01:17selalunya dalam seminggu sebelum Jumaat.
01:20Jadi seminggu itu persiapan itu memang amat suntuk juga.
01:24Tapi kami Alhamdulillah tahun ini kami dapat sediakan.
01:28Cabaran di Tanah Suci berbeza-beza setiap tahun.
01:30Dengan SOP daripada Saudi yang berbeza yang baru
01:34dan juga keperluan di Tanah Suci yang kadang-kadang ada ruang baru.
01:41Jadi kami sentiasa benda bersedia dengan perkara-perkara yang di luar jangkaan.
01:49Tapi Alhamdulillah kami dapat.
Comments

Recommended