Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Pertumbuhan eksport yang memberangsangkan membantu menyokong perkembangan ekonomi negara dalam keadaan dunia masih berdepan ketidaktentuan geopolitik dan pasaran global.
Transcript
00:00Baik prestasi ekonomi Malaysia pada suku pertama 2026 dijangka terus dipacu oleh pengukuhan sektor ekspor khususnya industri elektrik dan elektronik
00:10E&E.
00:11Provost Malaysia University of Science and Technology Prof. Emeritus Dr. Barjaya Baridai berpandangan sektor tersebut menunjukkan momentum yang kukuh dan
00:19berpotensi menjadi antara penyumbang utama kepada pertumbuhan keluaran dalam negara kasar KDNK negara.
00:27Pertumbuhan sangat besar dipacu oleh pengukuhan dalam sektor ekspor.
00:39Ekspor kita tumbuh dengan baik dan ini kita melihat bahawa dalam sektor E&E tadi kita mewujudkan satu potensi yang
00:55besar.
00:56dan tetapi mana kita melihat juga bahawa dalam beberapa aspek kita mengalami kekangan dalam import misalnya.
01:09kita melihat kesan asas ketidaktentuan ini dirasai di dalam sektor beberapa sektor seperti minyak sawit kita, seperti mining ataupun perlombongan.
01:28tetapi secara umumnya kita tumbuh dengan stabil di suku tahun pertama dan dijangka ini akan berterusan untuk suku tahun 2,
01:413 dan seterusnya.
01:42Tambah beliau, ekonomi Malaysia dijangka memasuki fasa pertumbuhan lebih sederhana sepanjang 2026 selepas mencatatkan prestasi kukuh sejak 2022 dan mencapai
01:53kemuncak pada suku keempat 2025.
01:56Perkembangan itu dilihat sebagai sebahagian daripada pusingan normal ekonomi yang lazim berlaku dalam tempoh tertentu dan bukannya petanda ekonomi negara
02:04sedang memasuki fasa kemerosotan mendadak.
02:07Di sebalik ketidaktentuan geopolitik global terus memberi tekanan kepada pasaran dunia, kesannya terhadap ekonomi domestik setakat ini masih dapat dikawal.
02:15Berikutan Malaysia masih banyak disokong oleh perbelanjaan isi rumah dan permintaan domestik.
02:21Katanya corak perbelanjaan pengguna juga dilihat masih stabil walaupun rakyat terus berdepan tekanan kos sara hidup yang meningkat.
02:27Ujah beliau, pertumbuhan ekonomi negara dijangka bergerak secara lebih perlahan daripada 5.3% pada suku pertama kepada 4.7
02:36% pada suku kedua, diikuti 4.3% pada suku ketiga dan 4.2% pada suku keempat tahun ini.
02:45Keadaan itu dijangka membawa kepada pertumbuhan keseluruhan ekonomi sekitar 4.6% bagi 2026 berbanding 5.2% yang dicatatkan
02:54sepanjang 2026.
02:56Risiko utama ketika ini lebih tertumpu kepada ketidaktentuan sentimen pasaran global yang boleh memberi kesan segera terhadap corak perbelanjaan pengguna
03:05dan aktiviti ekonomi sekiranya keyakinan pasaran berubah secara mendadak.
03:09Beliau berkata demikian dalam program Niaga Awani pada Rabu.
Comments

Recommended