Skip to playerSkip to main content
Harga minyak mentah dunia menurun 8.5 peratus minggu pertama Mei

Harga minyak mentah Brent di peringkat global menunjukkan penurunan sebanyak 8.5 peratus pada minggu pertama Mei iaitu AS$108.40 setong berbanding AS$118.50 setong pada minggu sebelumnya.

Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir susulan Mesyuarat Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) Bilangan 10 Tahun 2026.

Artikel: http://sinarharian.com.my/article/779526/bisnes/harga-minyak-mentah-dunia-menurun-85-peratus-minggu-pertama-mei

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #hargaminyakmentah #sidangmedia #kementerianekonomi
Transcript
00:00Bagi sesebuah ekonomi terbuka seperti Malaysia, perkembangan ini perlu dipantau secara dekat kerana kesannya boleh bergerak secara berperingkat kepada kos
00:14pengeluaran, harga barangan, operasi perniagaan dan akhirnya kepada rakyat.
00:21Di peringkat global, harga minyak mentah brand Sport menunjukkan sedikit penurunan pada minggu pertama Mei.
00:31Bagi tempoh 5 hingga 8 Mei 2026, purata harga brand menurun 8.5% kepada US$108.40 setong berbanding
00:45US$118.50 setong pada minggu sebelumnya.
00:51Namun, paras ini masih jauh lebih tinggi berbanding sekitar US$68 setong sebelum krisis tenaga global tercetus pada 26 Februari
01:062026.
01:07Selaras dengan perkembangan tersebut, purata harga gas asli cecair atau LNG turut menurun 1.5% bagi tempoh 4 hingga
01:218 Mei 2026.
01:22daripada US$17 dan 67 sen juta BTU kepada US$17 dan 41 sen per juta BTU.
01:35harga harga arang batu pula kekal hampir tidak berubah, hanya meningkat marginal 0.1% daripada US$133 dan 3
01:48sen kepada US$133 dan 19 sen satu tan metrik.
01:54Perkembangan ini menunjukkan pasaran tenaga global ada menunjukkan sedikit kestabilan tetapi masih perlu dipantau kerana sebarang gangguan baharu boleh memberi
02:09kesan kepada kos tenaga dan pengeluaran.
02:11selamat menikmati
Comments

Recommended