Skip to playerSkip to main content
  • 7 minutes ago
Empat lagi mayat ditemukan hari kedua SAR bot membawa PATI Indonesia yang karam di perairan Pulau Pangkor, menjadikan 27 mangsa ditemui setakat ini, sementara usaha mencari baki mangsa diteruskan.
Transcript
00:00Seterusnya, empat mayat ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat SAR hari kedua selepas sebuah bot dipercayai membawa pendatang tanpa izin
00:08parti warga Indonesia Karam di perairan Pulau Pangkuk.
00:11Menurut pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, IPMM Negeri Perak, Kapten Maritim Mohd Syukri Kotop, kesemua mayat tersebut ditemui oleh pasukan
00:20polis marin PPM kira-kira 2 petang semalam.
00:27Jelasnya, dua bot PPM telah menemukan mayat tersebut dalam keadaan terapung pada kedudukan lebih kurang 13 batu notika dari Pulau
00:33Talang berhampiran segari.
00:35Mayat tiga wanita dan seorang lelaki itu dipercayai telah hanyut di bawah arus ke arah utara iaitu kira-kira 10
00:40batu notika dari lokasi asap bot tersebut dilaporkan karam.
00:44Beliau berkata penemuan terbaru itu menjadikan jumlah keseluruhan mangsa bot karam yang ditemui setakat ini 27 orang selepas 23 daripadanya
00:51berjaya diselamatkan.
00:52Pada hari pertama SAR pada Isnin, Mohd Syukri berkata bagi mengesan baki mangsa yang masih hilang, radius pencarian diperluaskan meliputi
01:00kawasan seluas 151 batu notika persegi dari lokasi bot dipercayai karam iaitu kira-kira 8.2 batu notika barat laut
01:08Pulau Pangkuk.
01:09Beliau berkata kesemua mayat yang ditemui pada selasa telah dibawa ke JTPPM Kampung Aceh, seterusnya ke Hospital Sri Manjung untuk
01:16tindakan lanjut.
01:17Hasil siasatan mendapati jumlah keseluruhan parti yang berada di atas bot tersebut adalah 37 orang.
01:24Kesemua mereka dipercayai bertolak dari kisaran Indonesia pada 9 Mei menuju ke Malaysia dengan beberapa destinasi termasuk Pulau Pinang, Terengganu,
01:32Selangor dan Kuala Lumpur.
01:34Sementara itu SAR ditangguhkan pada sebelum malam selasa dan bersambung 7.30 pagi Rabu.
Comments

Recommended