00:00Mayat ketiga-tiga pendaki mangsa letusan Gunung Dukono di timur Indonesia sudah ditemukan.
00:07Menurut Padan Nasional Pengurusan Bencana BNPB, penemuan itu sekaligus menamatkan operasi mencari dan menjelamat SAR pada ahad.
00:18Ketua Pusat Data Maklumat dan Komunikasi Bencana BNPB, Abdul Muhari berkata,
00:23dua mangsa terakhir yang merupakan warga Singapura ditemukan tidak jauh dari lokasi mayat mangsa pertama dijumpai pada Sabtu.
00:32Katanya mayat mangsa dibawa ke pos tindak balas kecemasan letusan Gunung Dukono sebelum dipindahkan ke hospital besar wilayah Tobelo untuk
00:40proses pekecaman dan tindakan lanjut.
00:43Selain tiga mangsa yang maut, 15 individu lain terselamat dalam insiden pada awal pagi Jumaat itu melibatkan tujuh warga Singapura
00:52dan lapan warga tempatan.
00:54Abdul Muhari berkata proses pemindahan mangsa berdepan kesukaran berikutan situasi di kawasan Gunung Berapi.
01:01Antara lain, aktiviti letusan yang tidak menentu memaksa pasukan penyelamat bergerak berhati-hati bagi memastikan keselamatan petugas di lapangan.
01:10Seramai 98 anggota gabungan SAR dikerahkan dan dibahagikan kepada empat pasukan melibatkan pihak berkuasa dan penduduk setempat.
Comments