00:00Sambutan Minggu Perpaduan SMP terbukti memberikan impak besar sebagai platform utama rakyat pelbagai bangsa, budaya dan bahasa untuk berintegrasi, bersantai
00:12dan memperkukuh keharmonian negara.
00:14Menurut Menteri Perpaduan Negara, Dato' Aaron Agodagang, program utama yang kini menghampiri tahun ketiga penganjurannya berjaya menyediakan ruang untuk masyarakat
00:24berbilang latar belakang, berkumpul di satu tempat yang sama.
00:29Ujarnya SMP tahun ini lebih unik apabila dilaksanakan secara zon melibatkan negeri yang mempunyai kekuatan budaya dan warisan tersendiri.
00:38Aaron berkata, Kementerian sentiasa melakukan kajian dan analisis pasca program bagi menilai keberkesanan inisiatif berkenaan terutamanya dari sudut sambutan serta
00:49penerimaan rakyat.
00:50Beliau menambah impak penyatuan rakyat tidak hanya diukur menerusi program fizikal tetapi juga dinilai secara holistik melalui indeks perpaduan yang
01:00turut menjadikan takbir urus dan pembangunan sosioekonomi sebagai faktor utama ukuran.
01:06Berdasarkan indeks berkenaan, beliau berkata, Pahang mencatat bacaan perpaduan tertinggi didorong oleh tahap ekonomi dan penyatuan masyarakat negeri itu yang
01:16sudah sedia kukuh.
01:17Berbanding Sarawak pula katanya, keharmonian sosial berada pada tahap cemelang tanpa sebarang isu perkauman meskipun bacaan indeks bagi wilayah itu
01:26turut dipengaruhi oleh kelompongan kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik serta isu berhubung Perjanjian Malaysia 1963 MA63.
Comments