00:01Sekatan Laut Amerika Syarikat terhadap Iran kekal dikuatkuasakan sepenuhnya.
00:07Markas Pemerintahan Pusat Amerika Syarikat ataupun CENCOM memaklumkan sehingga Sabtu tentera Amerika telah mengalihkan laluan 58 kapal komersial dan melumpuhkan
00:174 kapal sejak 13 April bagi menghalang kapal tersebut memasuki atau meninggalkan pelabuhan Iran.
00:23Kenyataan itu dibuat menerusi platform X ketika ketegangan di Selat Hormuz terus memuncak.
00:30Pada hari sama, penasihat kepada Jurucakap Kementerian Luar Iran Ali Safari berkata antara keutamaan utama Iran ketika ini ialah menghentikan
00:39konflik yang sedang berlaku, membuka semula Selat Hormuz untuk laluan biasa serta menghalang apa yang disifatkannya sebagai lanun maritim Amerika.
00:49Menurut Ali, Iran telah memberi tindak balas terhadap semua tindakan provokasi Amerika di Selat Hormuz.
00:56Beliau turut menegaskan bahawa Amerika Syarikat tidak boleh dibenarkan menggunakan Selat Hormuz sekali lagi untuk menyerang Iran dan negara lain
01:04di rantau itu.
Comments