Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
MAHA 2026 akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September di MAEPS, Serdang sebagai platform memperkukuh sektor agromakanan, pemodenan pertanian dan keterjaminan makanan, meskipun negara berdepan cabaran krisis bekalan global.
Transcript
00:00Pameran Pertanian, Horticulture dan Agro Pelancongan Maha 2026 di Taman Expo Pertanian Malaysia, Maib Serdang, akan tetap diteruskan pada 28
00:10Ogos hingga 6 September ini di sebalik negara berdepan dengan cabaran krisis bekalan global.
00:16Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Dato' Sri Muhammad Sabu memaklumkan ia susulan penganjurannya itu merupakan satu usaha penting bagi menggalakkan
00:25aktiviti pertanian di Malaysia yang merupakan keutamaan serta tekad kerajaan madani.
00:31Jelas beliau penganjuran Maha 2026 merupakan platform penting dalam memperkukuhkan sektor agro makanan negara selain mempromosikan pemodenan pertanian sebagai teras
00:42keterjaminan makanan.
00:43Jadi kita harap dengan pelancaran ini, rakyat di sebelah utara dan juga liputan media, rakyat seluruh Malaysia akan mendapat maklumat
00:53awal untuk mereka buat persediaan untuk berkunjung ke Maha pada tahun ini.
00:58tahun lepas kita capai lebih daripada 5 juta kehadiran. Tahun ini kita harap dalam lengkungan sebanyak itu kehadiran untuk pergi
01:10ke Maha yang kita tahu soal pemodenan akan ditekankan.
01:15dan pempamer daripada luar negara juga akan bersama pada tahun ini untuk memperlihatkan terutama sekali hal-hal pemodenan ini dilakukan
01:26oleh negara mereka untuk kita mengambil contoh untuk dilaksanakan di negara kita.
01:32Muhammad berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Road 2 Maha 2026 peringkat zon utara di Aman Central Al-Ustar pada
01:40Sabtu.
01:40Menurutnya pemilihan Al-Ustar sebagai lokasi pertama Road 2 Maha 2026 adalah bagi mendekatkan acara itu kepada rakyat, khususnya komuniti
01:49peladang, usahawan agro dan golongan belia.
01:52Dalam perkembangan berasingan, beliau memaklumkan bahawa Agrobank akan menyediakan pakej pinjaman modal khas kepada pesawah padi dengan diskaun 50%
02:00ke atas kadar keuntungan pinjaman sebagai langkah segera membantu mereka menghadapi tekanan kos input pertanian bagi musim tanaman akan datang.
02:10Jelas Muhammad inisiatif itu juga diperkenalkan bagi memastikan pesawah tidak berdepan dengan kekangan modal untuk memulakan kerja penanaman.
02:18Katanya langkah perkenaan penting untuk memastikan aktiviti penanaman padi dapat diteruskan seperti biasa dan tidak menjejaskan pengeluaran padi negara.
Comments

Recommended