Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Pihak berkuasa Argentina memberi jaminan bahawa wilayah selatan Tierra del Fuego selamat dikunjungi dan tidak merekodkan sebarang kes hantavirus, sekali gus menolak dakwaan kawasan itu menjadi punca wabak maut yang menimpa sebuah kapal persiaran mewah baru-baru ini.
Transcript
00:00Pelancong yang mahu ke wilayah selatan Argentina, Tierra de Fuego, diberi jaminan bahawa kawasan pelancongan itu selamat daripada wabak hantavirus.
00:09Pihak berkuasa tempatan juga menolak dawaan bahawa wilayah tersebut yang menjadi punca kepada wabak maut yang menimpa sebuah kapal persiaran
00:17mewah baru-baru ini.
00:20Pada 8 Mei lalu, pihak berkuasa tempatan juga telah mengesahkan bahawa wilayah berkenaan tidak merekodkan sebarang kes jangkitan hantavirus.
00:29Setiausaha Polisi Luar Institut Pelancongan Fugian, Juan Manuel Pavlov berkata, sektor pelancongan merupakan salah satu aktiviti ekonomi utama Tierra de
00:38Fuego dengan ramai penduduk bergantung kepada industri tersebut.
00:43Tambahnya, kenyataan itu dipercayai mampu memberi keyakinan kepada pihak berkepentingan untuk terus merancang serta meneruskan aktiviti pelayaran kapal persiaran.
00:53Dalam pada itu, seorang pegawai kesihatan tempatan menyatakan bahawa pesakit di atas kapal persiaran mewah yang terjejas akibat wabak hantavirus
01:01terbabit tidak mungkin dijangkiti ketika berada di Tierra de Fuego.
01:06Jelasnya, kesimpulan yang dibuat itu adalah berdasarkan tempoh masa antara lawatan pesakit ke wilayah itu dan tarikh gejala jangkitan mula
01:14muncul.
01:15Sementara itu, sektor pelancongan di Ushuwayah tidak terjejas akibat kebimbangan tersebut dengan aktiviti pelancongan seperti pemerhatian ikan paus serta kunjungan
01:25ke restoran tempatan terus berjalan seperti biasa.
Comments

Recommended