Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengakui dasar pelantikan pegawai perubatan secara kontrak mempunyai kelemahan, namun menegaskan ia bukan satu-satunya punca penghijrahan doktor. Kementerian Kesihatan kini melaksanakan pelbagai langkah termasuk penambahan 4,500 jawatan tetap, pengukuhan latihan kepakaran dan reformasi sistem kesihatan bagi menangani isu tenaga kerja perubatan negara.
Transcript
00:00Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Zulkifli Ahmad akui dasar pelantikan pegawai perubatan awam secara kontrak mempunyai beberapa kelemahan yang perlu
00:09diperbaiki.
00:10Namun jelasnya sistem kontrak berkenaan bukan satu-satunya punca utama penghijrahan doktor ke luar negara atau sektor swasta.
00:18Sebaliknya merupakan sebahagian daripada isu yang lebih besar melibatkan keseluruhan ekosistem tenaga kerja kesihatan di negara ini.
00:28Ujah beliau Kementerian Kesihatan Malaysia KKM kini sedang melaksanakan beberapa langkah utama bagi memperbaiki keadaan tersebut.
00:36Antaranya penambahan jawatan tetap secara berperingkat dengan kelulusan tambahan sebanyak 4,500 jawatan tetap untuk doktor kontrak yang akan dilaksanakan
00:46bermula tahun ini.
00:47KKM turut menyegerakan pengisian ribuan kekosongan jawatan di fasiliti kesihatan seluruh negara serta memperkukuh laluan latihan kepakaran termasuk melalui program
00:58Parallel Pathway dan latihan kepakaran tempatan.
01:03Tambah Dr. Zulkifli, Kementeriannya akan menambah peruntukan bagi pembangunan doktor pakar memandangkan negara dijangka berdepan kekurangan lebih 13,000 doktor
01:12pakar menjelang tahun 2030.
01:15KKM juga sedang meneliti semula isu kebajikan, waktu kerja dan persekitaran kerja petugas kesihatan selain melaksanakan reformasi kesihatan yang lebih
01:26menyeluruh.
01:27Ia merangkumi usaha pendigitalan sistem kesihatan, pengukuhan penjagaan kesihatan prima serta pelaksanaan pembiayaan kesihatan yang lebih mampan.
01:36Beliau mengulas dawaan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia, MMA, Datuk Dr. R. Tiru Navukarasu yang menyifatkan sistem doktor kontrak sebagai satu
01:47kegagalan dasar oleh Kementerian Kesihatan.
01:50Antara lain, Presiden MMA itu mendakwa pelaksanaan sistem tersebut telah mendorong lebih ramai tenaga kerja perubatan untuk berhijrah ke luar
02:00negara kerana beranggapan masa depan mereka dalam perkhidmatan kesihatan awam di Malaysia tidak terjamin.
02:06Terima kasih.
Comments

Recommended