Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Kerajaan memberi jaminan bekalan ikan negara masih mencukupi walaupun kos diesel meningkat. Sektor akuakultur disasar sebagai penampan jika hasil tangkapan laut terjejas pada masa depan.

Transcript
00:00Bekalan ikan negara masih mencukupi dan berada pada tahap terkawal walaupun pengusaha bot nelayan laut dalam berdepan peningkatan kos operasi,
00:10susulan kenaikan harga diesel.
00:13Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohd Sabu berkata, setakat ini bekalan ikan di pasaran masih ada, namun kerajaan
00:21bersiap-siaga bagi menghadapi kemungkinan pengurangan hasil tangkapan laut pada masa hadapan.
00:28Jelasnya setakat ini hasil tangkapan laut masih lagi macam biasa, tetapi vessel C2 yang ke tengah laut menghadapi kenaikan harga
00:37diesel tanpa subsidi.
00:39Mohd berkata, kerajaan berharap sektor aquaculture dapat membantu menampung bekalan sekiranya berlaku kekurangan ikan tangkapan laut pada masa akan datang.
00:48Beliau berkata, konflik berterusan di Asia Barat menimbulkan kebimbangan terhadap kenaikan harga minyak dunia yang boleh memberi kesan kepada industri
00:57perikanan negara.
00:58Tambahnya, kerajaan sentiasa mengalung-alukan mana-mana pihak untuk terlibat dalam industri aquaculture dan menyediakan pelbagai insentif serta subsidi bagi
01:07membantu pengusaha.
01:08Sementara itu, beliau berkata, projek tenakan ikan susu seluas lebih 80 hektare dengan 31 kolam syarikat itu mampu menghasilkan kira
01:17-kira 3,000 tan metrik ikan setahun dan dilihat berpotensi membantu memperkukuh aspek keterjaminan makanan negara.
01:24Beliau menambah, Jabatan Perikanan juga akan meneliti kawasan bersesuaian yang mempunyai akses kepada air laut bagi memperluaskan aktiviti aquaculture di
01:34negara ini.
Comments

Recommended