Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Kedutaan Rusia dan Rumah Rusia Kuala Lumpur menganjurkan perarakan Immortal Regiment, upacara peletakan bunga dan konsert istiadat sempena Hari Kemenangan, memperingati kekalahan Jerman Nazi pada 1945.
Transcript
00:00Sempena sambutan hari kemenangan yang diraih setiap 9 Mei, Kedutaan Rusia di Malaysia bersama Rumah Rusia di Kuala Lumpur menganjurkan
00:09beberapa program, antaranya termasuk perarakan, upacara peletakan bunga dan konsert penuh istiadat.
00:17Acara yang berlangsung pada Sabtu itu dimulakan dengan perarakan Imortal Regimen pada jam 9.30 pagi dari Kedutaan Rusia di
00:26Kuala Lumpur menuju ke Rumah Rusia.
00:28Warga Rusia dan para peserta bergerak menyusuri Jalan Ampang menuju ke Rumah Rusia yang letaknya kira-kira satu kilometer dari
00:37Kedutaan.
00:38Upacara peletakan bunga turut diadakan di Monumen memperingati askar-askar yang terkorban dalam Perang Dunia Kedua.
00:45Program peringatan itu diakhiri dengan sebuah konsert penuh istiadat yang menampilkan pelajar dari Konservatori Negeri Moskow, Tchaikovsky.
00:54Acara berkenaan merupakan sebahagian daripada sambutan Tahunan Hari Kemenangan yang diraihkan oleh Rusia dan komuniti Rusia di luar negara.
01:04Hari Kemenangan menandakan kekalahan Jerman Nazi pada tahun 1945 dan merupakan antara peringatan sejarah paling penting bagi Rusia serta beberapa
01:15negara bekas kesatuan Soviet.
01:16Di Moskow, hari kemenangan disambut setiap tahun secara penuh istiadat dengan diiringi perarakan ketenteraan besar-besaran di dataran merah.
01:26Di Malaysia, acara seumpama ini lazimnya dianjurkan oleh perwakilan diplomatik dan pusat kebudayaan untuk komuniti expatriat serta tetamu jemputan.
01:36Terima kasih.
01:38Terima kasih.
Comments

Recommended