00:00Tindakan Parti Peribumi Bersatu Malaysia bersatu yang hanya menggantung keahlian beberapa pemimpin parti kerana melanggar disiplin dan bukannya memecat mereka
00:10didakwa sebagai usaha untuk menutup kelemahan kepimpinan parti berkenaan.
00:14Ahli Dewan Undangan Negeri Adun Cendroh, Said Luqman Hakim Said Muhammad Zain turut mendakwa keputusan yang dibuat lembaga disiplin bersatu
00:23itu tidak melalui proses yang terbuka, adil dan telus.
00:29Ujarnya, walaupun menerima keputusan tersebut dengan tenang, rakyat serta akar umbi parti berhak mengetahui punca sebenar mengapa semakin ramai pemimpin
00:38digantung dan dipecat daripada bersatu kebelakangan ini.
00:42Beliau turut menyifatkan keputusan parti itu sebagai langkah separuh jalan yang menggambarkan kepimpinan parti berada dalam keadaan tertekan dan semakin
00:51bercelaru dalam menguruskan bersatu.
00:53Selain itu, katanya krisis dalaman yang sedang melanda parti bersatu didakwa berpunca daripada sikap kepimpinan tertinggi yang terlalu obses untuk
01:02terus kekal berkuasa serta mementingkan cita-cita politik pribadi berbanding kekuatan parti.
01:08Terdapat juga kalangan ahli parti yang mempersoalkan kepimpinan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilihat mahu menonjolkan diri sebagai
01:17calon utama Perdana Menteri, sedangkan realiti politik semasa dilihat memerlukan pendekatan baru yang lebih terbuka dan realistik.
01:26Menurutnya, sikap kepimpinan yang terlalu mempertahankan kedudukan telah mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pelbagai peringkat dalam parti.
01:35Pada 8 Mei lepas, Bersatu mengambil tindakan disiplin terhadap enam pemimpin parti berkuat kuasa serta merta termasuk memecat dua ahli
01:43Dewan Undangan Negeri dan menggantung keahlian empat pemimpin lain.
01:48Dua yang dipecat ialah Adun Sukamananti, Datuk Mohd Razimanan dan Adun Sungai Tiang, Zawahir Aibigani.
01:56Empat pemimpin yang digantung keahlian selama dua penggal pemilihan parti ialah Adun Cendroh, Said Luqman Hakim, Said Muhammad Zain, Ahli
02:04Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Iqmal Hisham Abdul Aziz, Ahli Parlimen Rompin, Datuk Khalid Abdullah serta Ahli Parlimen Lumut, Nordin
02:12Ahmad Ismail.
Comments