00:00Pemimpin berhaluan tengah kanan Peter Magyar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru Hungary pada Sabtu selepas menang besar dalam pilihan
00:09raya umum April lalu.
00:11Kemenangan itu didorong janji perubahan selepas negara itu berdepan kelembapan ekonomi dan hubungan tegang dengan sekutu utama ketika pentadbiran bekas
00:19Perdana Menteri Victor Orban.
00:23Magyar menewaskan Orban yang memerintah selama 16 tahun sekaligus memberikan parti TISA majoriti besar di Parlimen.
00:31Kemenangan itu membolehkan beliau membatalkan beberapa reformasi era Orban yang menurut pengkritik telah melemahkan demokrasi negara.
00:39Pelabur asing dan rakyat Hungary menyambut baik kemenangan Magyar dengan nilai mata wang foreign meningkat berbanding euro dan hasil bon
00:47kerajaan menurun.
00:48Tinjauan selepas pilihan raya juga menunjukkan lebih ramai rakyat menyokong parti TISA.
00:54Namun cabaran besar menanti pemimpin berusia 45 tahun itu terutama untuk mendapatkan semula dana berbilion euro daripada kesatuan Eropah yang
01:03sebelum ini digantung.
01:04Dana itu penting bagi membantu memulihkan ekonomi dan memperkukuh kewangan negara.
01:10Magyar mengambil alih pentadbiran ketika ekonomi Hungary baru saja keluar daripada fasa lembab pada suku pertama tahun ini
01:17dan kini berdepan kenaikan kos tenaga akibat konflik di Timur Tengah.
01:22Beliau juga berjanji untuk mengukuhkan semula hubungan Hungary dengan negara barat.
01:27Hungary yang merupakan anggota NATO sebelum ini dilihat semakin rapat dengan Kremlin di bawah Orban
01:33yang menentang usaha kesatuan Eropah EU membantu Ukraine dalam perang dengan Rusia.
01:38Selain itu, Magyar turut berjanji melaksanakan kempen besar membantras rasuah
01:43dan mahu mencapai persetujuan dengan pemimpin kesatuan Eropah bagi membuka semula dana EU yang digantung sebelum 25 Mei.
01:51Terima kasih kerana menonton!
Comments