Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Iran mengesahkan penyertaan di Piala Dunia 2026 selepas melayakkan diri, dengan persekutuan menetapkan beberapa syarat termasuk jaminan visa, keselamatan pasukan serta kemudahan kepada wartawan dan penyokong sepanjang kejohanan.
Transcript
00:00Persekutuan Bola Sepak Iran semalam mengumumkan pasukan kebangsaan negara itu akan menyertai Piala Dunia FIFA 2026 yang dianjurkan bersama oleh
00:10Amerika Syarikat, Kaneda dan Meksiko.
00:13Agensi Berita Rasmi Iran, IRNA melaporkan, Persekutuan itu telah memuktamadkan keputusan mengenai penyertaan berkenaan serta mengesahkan prosedur visa berkaitan kejohanan
00:23telah pun selesai.
00:25Antara lain, Persekutuan itu menyatakan pasukan kebangsaan berjaya melayakkan diri menerusi keputusan pelawanan mereka dan terus mempergiat persiapan serta latihan
00:36menjelang pertandingan berkenaan.
00:38Kejohanan itu dijadual berlangsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026.
00:44Iran dijadual menentang New Zealand di Los Angeles pada 15 Jun dan Belgium pada 21 Jun sebelum berdepan Mesir di
00:52Seattle pada 26 Jun.
00:54Sementara itu, Persekutuan Bola Sepak Iran telah menggariskan 10 syarat bagi penyertaan Iran dalam kejohanan berkenaan.
01:02Antara syaratnya termasuk jaminan bahawa semua pemain dan pegawai teknikal akan menerima visa tanpa sebarang masalah serta tidak akan disoal
01:10siasat oleh pihak imigresen Amerika Syarikat ketika dalam perjalanan.
01:14Persekutuan itu juga meminta kemudahan visa untuk wartawan dan penyokong Iran yang menghadiri kejohanan itu, peningkatan langkah keselamatan Amerika Syarikat
01:24di lapangan terbang, hotel, laluan pengangkutan dan stadium serta sekatan yang hanya membenarkan bendera rasmi kebangsaan Iran dibawa masuk ke
01:33stadium.
01:35Tuntutan lain termasuk jaminan bahawa lagu kebangsaan Iran akan dimainkan tanpa gangguan semasa pelawanan dan soalan dalam sidang media dihadkan
01:44sepenuhnya kepada perkara berkaitan bola sepak.
01:46Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended