Skip to playerSkip to main content
  • 6 hours ago
Seorang ibu tunggal dan seorang peniaga lelaki di Kuala Terengganu mengalami kerugian hampir RM150,000 selepas menjadi mangsa dua kes penipuan berasingan melibatkan penipuan cinta melalui media sosial serta sindiket tender pembekalan perabot sekolah palsu. Kedua-dua mangsa tampil membuat laporan polis selepas menyedari ditipu, manakala kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Transcript
00:00Seorang ibu tunggal dan seorang peniaga lelaki di Kuala Terengganu alami kerugian hampir RM150,000 selepas terlibat dalam kes penipuan
00:10cinta serta tender pembekalan sekolah palsu.
00:12Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Nur berkata, kes pertama melibatkan seorang wanita usia lewat 30-an
00:21bekerja sebagai pembantu kedai yang mengalami kerugian sebanyak RM60,500 selepas diperdaya seorang lelaki dikenali menerusi aplikasi TikTok.
00:33Pada 10 April lalu, suspek telah meminta mangsa membuat bayaran tempahan hotel sebelum wanita tersebut memindahkan wang berjumlah RM500 ke
00:43akaun Touch & Go atas nama Nur Hidayah Mahidin.
00:47Suspek kemudian sekali lagi meminta bantuan dengan mendakwa wang itu diperlukan bagi membuka semula akaun bank miliknya yang kononnya telah
00:56disekat.
00:56Tambah Azli, pada 22 April pula, mangsa telah membuat pindahan wang berjumlah RM60,000 menerusi kaunter bank rakyat ke sebuah
01:06akaun CIMB atas nama Suzana Bahari.
01:11Jelas beliau, keseluruhan kerugian yang dialami mangsa melibatkan wang simpanan peribadi serta pinjaman peribadi yang dibuat dengan bank rakyat.
01:19Dalam kes berasingan, seorang peniaga lelaki berusia 54 tahun mengalami kerugian sebanyak RM86,735 selepas diperdaya sindiket penipuan tender pembekalan
01:31perabot sekolah yang tidak wujud.
01:33Mangsa dicadangkan supaya berurusan dengan seorang pembekal dikenali sebagai Kevin yang didakwa mewakili syarikat Home Hisha Trading sebelum membuat dua
01:43transaksi pembayaran deposit berjumlah RM86,735 ke akaun syarikat Noviti Construction pada 6 dan 7 Mei lalu.
01:53Mangsa mula berasa curiga sebelum bertindak pergi ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sawa pada 9 Mei lalu bagi mendapatkan pengesahan
02:01lanjut.
02:01Semakan mendapati tiada sebarang urusan pembelian atau penghantaran barang dibuat seperti yang didakwa manakala dokumen yang diterima mangsa juga disahkan
02:12palsu.
02:13Kedua-dua mangsa kemudiannya menyedari mereka telah ditipu sebelum tampil membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.
02:21Menurut Azli, kedua-dua kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Kesiksaan kerana kesalahan menipu.
Comments

Recommended