Skip to playerSkip to main content
  • 8 hours ago
Seorang murid tahun enam yang meninggal dunia selepas rebah ketika menghadiri perhimpunan bulanan di sekolahnya di Klang, Selangor pada Jumaat, dilaporkan pernah mengadu sakit dada kepada bapanya kira-kira dua minggu lalu

Transcript
00:00Seorang murid tahun 6 yang meninggal dunia selepas rebah ketika menghadiri perhimpunan bulanan di Dewan Sekolahnya di Kelang, Selangor pada
00:08Jumaat, dilaporkan pernah mengadu sakit dada kepada bapanya kira-kira dua minggu lalu.
00:14Ketua Polis Daerah Kelang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rau berkata, mangsa kemudian dibawa mendapatkan rawatan di klinik sebelum disahkan
00:22berada dalam keadaan sehat.
00:25Bagaimanapun, katanya punca sebenar kematian hanya dapat dipastikan selepas laporan bedah siasat diperoleh.
00:32Setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut kerana tiada sebarang unsur jenayah dikesan.
00:38Mengulas lanjut, beliau memberitahu mangsa merupakan anak tunggal kepada seorang anggota polis berpangkat koperal yang bertugas di Ibu Jabat Polis
00:46Daerah Kelang Utara.
00:49Setakat ini, polis sudah merakam keterangan guru besar sekolah berkenaan dan bapa mangsa.
00:54Dalam kejadian kira-kira 8.30 pagi Jumaat, mangsa dilaporkan pengsan ketika perhimpunan di Dewan Sekolah sebelum dibawa ke hospital
01:02Tengku Ampuan Rahimah Kelang.
01:05Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia.
01:07Tengku Ampuan Rahimah Kelang
01:11Tengku Ampuan Rahimah Kelang
01:13Tengku Ampuan Rahimah Kelang
Comments

Recommended