00:00Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Bilashah berkenan mengetuai ekspedisi mahkota Borneo di Sabah yang
00:10dijadual berlangsung dari Isnin hingga Rabu ini.
00:13Menurut pengelola bijaya di Raja Sultan Pahang, Major General Datuk Mohd Zahari Yahya, Tengku Hassanal dijangka tiba di lapangan terbang
00:21antarabangsa Kota Kinabalu, kira-kira satu tengah hari Isnin.
00:26Sebelum mengadakan pertemuan dengan Yang Di-Pertuan Negeri Sabah, Tun Musa Aman bagi bertukar pandangan dan idea.
00:33Menerusi ekspedisi berkenaan, Tengku Hassanal turut di jadual mendaki Gunung Kinabalu pada Selasa.
00:40Dengan diiringi pegawai dan anggota pasukan khas Tentera Udara di Raja Malaysia, Paskau, selain pengiring rapat daripada Polis di Raja
00:48Malaysia, PDRM.
00:49Jelasnya dalam satu kenyataan, ekspedisi mahkota Borneo ini mencerminkan semangat kepimpinan, ketahanan fizikal dan disiplin tinggi
00:58yang sentiasa diterapkan Tengku dalam kalangan generasi muda serta pasukan keselamatan negara.
01:05Mohd Zahari berkata, ekspedisi itu juga diyakini mampu mengukuhkan hubungan silaturahim dan kerjasama strategik antara Pahang dengan Sabah
01:14selain menyemarakkan semangat perpaduan serta patriotisme dalam kalangan rakyat negara ini.
Comments