Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Jabatan Pertahanan Amerika mendedahkan puluhan fail UFO atas arahan Donald Trump, namun pakar berkata kebanyakan maklumat sudah diketahui dan tiada bukti kukuh kewujudan teknologi atau makhluk luar angkasa.
Transcript
00:00Atas arahan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Jabatan Pertahanan Amerika pada Jumaat mengeluarkan puluhan fail rahsia berkaitan dawaan penampakan UFO
00:09bagi memberikan apa yang disifatkan sebagai ketelusan luar biasa kepada rakyat negara itu.
00:15Namun, penganasis berkata, kebanyakan dokumen tersebut sebenarnya sudah pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.
00:22Jabatan Pertahanan Amerika memaklumkan, pendidahan dokumen, gambar dan video berkaitan fenomena anomali tidak dikenali atau UAP itu akan diteruskan dari
00:31semasa ke semasa apabila lebih banyak bahan dinyah rahsia.
00:35Raitis bagaimanapun tidak dapat mengesahkan secara bebas tarikh dan lukas gambar serta video yang dikeluarkan itu.
00:41Trump menjadi Presiden terbaru yang mendedahkan laporan kerajaan Amerika Syarikat mengenai UFO meneruskan proses pendahan yang bermula sejak akhir 1970
00:49-an.
00:49Pakar berkata, sekitar 160 fail yang dikeluarkan pada Jumaat mengandungi video baharu mengenai penampakan yang sudah diketahui, namun tiada bukti
00:58kukuh mengenai teknologi mahluk asing atau kewujudan hidupan luar bumi.
01:03Penganalisis UAP, Mick West berkata, pentadbiran bekas Presiden Joe Biden sebelum ini telah mendedahkan kebanyakan maklumat yang sama.
01:10Menurutnya, tiada bukti jelas yang menunjukkan kewujudan teknologi canggih atau mahluk luar angkasa dalam video dan image baharu itu.
01:17Antara fail yang didedahkan termasuk laporan mengenai cakera terbang pada tahun 1947, gambar kabur objek misteri yang diambil dari permukaan
01:27bulan semasa misi Apollo 12 Moon Landing pada 1969
01:31serta transkrip kru Apollo 17 Moon Mission yang mendakwa melihat objek tidak dikenali dari bulan pada 1972.
01:39Beberapa pengkritik pula mendakwa pendedahan fail UFO itu sengaja dilakukan untuk mengalih perhatian daripada isu politik yang dihadapi Trump,
01:46termasuk kampen ketenteraan Amerika terhadap Iran dan tekanan awam supaya lebih banyak fail berkaitan pesalah saiz Jeffrey Epstein didedahkan.
01:54Terima kasih telah menonton!
Comments

Recommended