00:00Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Bakanan KPKM memperuntukkan sebanyak RM700,000 bagi pelaksanaan program kampung angkat madani dan sekolah angkat madani
00:09di kampung Gua Petai, Pulau Pinang.
00:11Menteri Pertanian dan Keterjaminan Bakanan Datuk Seri Muhammad Sabu berkata sebanyak RM500,000 diperuntukkan bagi program kampung angkat madani,
00:20manakala RM100,000 pula diperuntukkan kepada Sekolah Kebangsaan Padang Menura, Tasik Gulugom bagi pembangunan serta menaik taraf kemudahan sekolah berkenaan.
00:31KPKM turut menyediakan tambahan RM100,000 bagi pelaksanaan program pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional pivot pertanian untuk pelajar sekolah.
00:41Muhammad berkata kampung angkat madani bukan sekadar program simbolik, sebaliknya pendekatan menyeluruh kerajaan bagi memastikan pelbagai agensi dan kementerian bergerak
00:51secara bersama demi manfaat rakyat.
00:53Ini kawasan yang kita tumpulah untuk menjadikan kawasan angkat. Hari ini kita memberi peruntukan sebanyak RM700,000, RM500,000 diantaranya
01:06projek-projek kecil termasuk membaiki jalan, membaiki rumah dan sebagainya.
01:12Kemudian bantuan direct untuk orang-orang yang kurang upaya, orang miskin dan sebagainya. Tadi berjumlah RM200,000.
01:21Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Kampung Angkat Madani dan Sekolah Angkat Madani di Dewan MPKK Kampung Gua Petai.
01:30Muhammad berkata antara projek yang dilaksanakan termasuk kerja penurapan dan naik taraf jalan kampung sepanjang kira-kira satu kilometer, membaik
01:40pulih rumah usang, mendalam serta melebarkan parit dan kerja-kerja memangkas pokok.
01:45Selain itu turut dilaksanakan ialah kerja keceriaan masjid melibatkan pengecatan, penurapan kawasan parkir, pemasangan lampu, papan tanda serta enam unit
01:56tiang lampu solar.
01:57Sementara itu Sekolah Kebangsaan Padang Menora yang menjadi Sekolah Angkat Madani menerima lima unit penyaman udara, komputer dan mesin pencetak.
02:06Kerja menaik taraf infrastruktur termasuk membaik pulih tandas murid, pemasangan kipas siling, penggantian pintu kelas dan tandas akan turut dilaksanakan.
02:17Sekolah berkenaan juga menerima sebuah papan pintar untuk studio digital 20 unit televisyen pintar bagi kegunaan dalam kelas serta pemasangan
02:26paparan LED dan papan tanda sekolah.
02:29Sementara itu, bagi memperkasakan generasi muda dalam bidang pertanian modern, KPKM turut menyediakan tambahan RM100,000 bagi pelaksanaan program tivat
02:40pertanian kepada pelajar sekolah.
Comments