Skip to playerSkip to main content
  • 4 hours ago
Tengku Mahkota Pahang menegaskan Pahang wajar diberi layanan saksama berhubung peruntukan Persekutuan. Kenyataan itu susulan penjelasan Perdana Menteri mengenai kedudukan ekonomi, projek pembangunan dan isu ketirisan.

Transcript
00:00Tengku Makuta Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Syah mengambil maklum kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung peruntukan Kerajaan
00:08Persekutuan kepada Negeri Pahang.
00:10Dalam satu kenyataan media ringkas yang dikeluarkan malam tadi, Tengku Hassanal menegaskan pendirian agar Pahang diberikan layanan serta pertimbangan yang
00:18saksama oleh Kerajaan Pusat.
00:22Tengku Hassanal turut memetik sebuah pantun lama mengidingi kenyataan media berkenaan.
00:27Sebelum ini, Anwar berkata beliau akan meminta Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Amir Hamzah Azizan untuk menyediakan penjelasan menyeluruh berhubung
00:36peruntukan Pusat kepada Pahang untuk dikemukakan kepada Tengku Hassanal.
00:41Menurut Perdana Menteri, penjelasan berkenaan turut merangkumi kedudukan makro ekonomi negara, tekanan ekonomi semasa serta isu pembaziran yang masih berlaku
00:51dalam pelbagai sektor.
00:52Tengku Mangkota Pahang sebelum itu bertitah mempersoalkan peruntukan Pusat ketika merasmikan istiadat pembukaan mesyuarat pertama penggal kelima Dewan Undangan Negeri
01:03Dun Pahang ke-15.
01:04Menurut Baginda, Pahang menerima kelulusan 133 projek baru dan 434 projek sambungan dengan nilai keseluruhan mencecah RM3.386 bilion.
01:17Selain itu, Tengku Hassanal turut menyuarakan kekecewaan terhadap keputusan Kerajaan Pusat yang tidak meluluskan usaha Kerajaan Pahang untuk menambah hasil
01:28negeri termasuk melalui ekspor pasir sungai.
Comments

Recommended