Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Satu kejadian kebakaran memusnahkan stor simpanan barangan dan Galeri Seni Binaan di Kampus Politeknik Ungku Omar pada petang Jumaat. Pusat Kawalan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh menerima panggilan kecemasan pada jam 6.44 petang sebelum menggerakkan sepasukan anggota ke lokasi kejadian. Kebakaran melibatkan sebuah bangunan kelas A yang mempunyai empat unit kediaman. Operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya tanpa sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa. Punca kebakaran serta jumlah kerugian harta benda masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Transcript
00:00Satu kejadian kebakaran memusnahkan store simpanan barangan dan galeri seni binaan di Kampus Politeknik Ungkuh Umar pada Jumaat Petang.
00:09Menurut Pusat Kawalan Balai Bomber dan Penyelamat BBP Ipoh, satu panggilan kecemasan daripada orang awam diterima pada jam 6.44
00:17petang sebelum sepasukan anggota bomber digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.
00:22Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomber mendapati kebakaran melibatkan sebuah bangunan kelas A yang mempunyai 4 unit kediaman.
00:30Pihak bomber mengambil masa bagi memastikan api dipadamkan sepenuhnya. Operasi ditamatkan sepenuhnya selepas komando operasi mengesahkan keadaan selamat dan tiada
00:40kemalangan jiwa dilakukan dalam kebakaran itu.
00:42Punca sebenar kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
00:46Insiden kebakaran itu mencuri perhatian warga kampus memandangkan bangunan itu menempatkan setah simpanan serta dijadikan sebagai galeri seni pinaan yang
00:54memainkan peranan penting dalam aktiviti akademik institusi berkenaan.
Comments

Recommended