Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Calon ultrakonservatif Rafael Lopez Aliaga enggan mengiktiraf keputusan pusingan pertama pilihan raya Peru, mendakwa penipuan undi dan menggesa protes ketika proses pengiraan masih belum dimuktamadkan.
Transcript
00:00Sebenarnya, calon ultra-konservatif Rafael Lopez Aliaga berkata beliau tidak akan mengiktiraf keputusan rasmi pusingan pertama pilihan rakyat Peru yang
00:09diadakan hapis sebulan lalu.
00:11Susulan proses pengiraan undi masih belum selesai sepenuhnya dan kini meletakkannya di tempat ketiga.
00:16Lopez Aliaga yang ketinggalan tipis di belakang calon berhaluan kiri Roberto Sanchez menambah beliau akan menggeser rakyat mengadakan protes.
00:24Sekiranya, keputusan diumumkan dalam beberapa hari lagi sebagaimana dimaklumkan pihak berkuasa pilihan raya.
00:30Beliau mendakwa berlaku penipuan yang menjejaskan peluangnya untuk mara ke pusingan kedua pilihan raya bulan depan.
00:36Keputusan akhir pilihan raya pada 12 April lalu belum dimuktamadkan walaupun hampir 99% undi dikira dan masa beliau ada
00:44calon yang sah akan menentang calon konservatif utama Keiko Fujimori dalam pusingan kedua yang dijadual pada 7 Jun.
00:51Masalah logistik ketika hari pengundian menyebabkan kelewatan panjang di pusat mengundi manakala proses pengiraan undi turut mengambil masa lebih lama
00:59berikutan semakan terhadap ribuan undi yang dipertikaikan sekaligus mencetuskan bantahan.
Comments

Recommended