00:00Seorang lelaki warga Kemboja yang sebelum ini ditahan selepas disyaki menebang pokok gaharu di Taman Botanikal Aikeroh didenda RM3,500
00:10oleh Mahkamah Magistrat Aikeroh pada Jumaat.
00:13Magistrat Nur Afiqah Radiah Zainurin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Muhammad Ali Sulaiman, 40 tahun, selepas mengaku bersalah atas pertuduhan
00:23mencuri kepingan gaharu dalam kawasan hutan simpan itu.
00:27Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama seorang lagi individu yang masih bebas didapati mencuri kepingan isi pokok gaharu milik Hang Tuah Jaya
00:36sekitar jam 1 pagi Isnin lalu.
00:39Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 379 Kanun Kesesaan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun
00:50atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
00:55Tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang dalam rayuannya memohon hukuman ringan kerana pengakuan bersalah tertuduh yang bekerja sebagai
01:05nelayan dan menyara dua anak itu telah menjimatkan kos dan masa mahkamah.
01:11Bagaimanapun, timbalan pendakwa raya Siti Nur Alia Safri memohon hukuman berat dikenakan dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius kerana
01:20melibatkan pencerobohan harta awam dan hak milik pihak lain.
01:24Menurutnya, barang yang dicuri ialah kepingan isi pokok gaharu yang mempunyai nilai komersial tinggi dan sukar diperoleh.
01:32Beliau berkata hukuman berat perlu dijadikan pengajaran kepada tertuduh dan orang awam bahawa tiada kompromi terhadap perbuatan mencuri harta awam
01:42serta merosakkan sumber alam.
01:44Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM3,500 atau tujuh bulan penjara jika gagal membayar denda itu.
01:53Mahkamah turut memerintahkan barang kes diserahkan semula kepada pihak pendakwaan.
Comments