Skip to playerSkip to main content
  • 5 hours ago
Pelajar Uzbekistan, Abdullayeva Madinabonu dinobatkan johan kategori antarabangsa PABM 2026 di MaTiC. Kejayaan itu mencatat kemenangan keempat Uzbekistan, melibatkan 174 peserta dari 21 negara.
Transcript
00:00Pelajar dari Uzbekistan, Abdullah Yeva Ahmad Dina Bonu Nizomidin Kizi dinubatkan sebagai Johan Kategori Antarabangsa Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu
00:10PABM, Piala Perdana Menteri 2026 yang berlangsung di pusat pelancongan Malaysia malam tadi.
00:16Pelajar Tashkent State University of Oriental Studies berusia 20 tahun itu melakar sejarah bila menghadiahkan kemenangan kali keempat buat Uzbekistan
00:24pada pertandingan berprestij berkenaan.
00:26Salam sejahtera dan salam Malaysia Madani
00:32Tempat kedua kategori antarabangsa dimenangi Sergei Ermakov daripada Lomonosov Moscow State University, Rusia.
00:40Manakala tempat ketiga menjadi milik QZE daripada Beijing Foreign Studies, Universiti China.
00:47Bagi kategori alam Melayu, Johan disandang Aina Patricia Sulaiman daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
00:55Muhammad Iqbal Sopyan Saputra daripada Universiti Tanjung Pura, Indonesia muncul naib Johan dan tempat ketiga dimenangi Khairul Nur Ayuni, Rozan
01:05Khairul daripada Universiti Malaya.
01:08Kategori antarabangsa di Malaysia pula menyaksikan Amna Masud dari Pakistan yang menuntut di Universiti Kuala Lumpur, UniKL, dinobatkan sebagai Johan.
01:18Tempat kedua dimenangi Aisyah Hikmah dari Burundi yang menuntut di Universiti Tun Hussein on Malaysia, UTHM.
01:26Manakala tempat ketiga menjadi milik Amar Ibrahim Yusof dari Mesir yang menuntut di Universiti Malaysia Perlis, UNIMAC.
01:33Johan bagi setiap kategori membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM10,000 serta sijil penghargaan.
01:41Naib Johan menerima wang tunai RM8,000 berserta sijil penghargaan.
01:46Manakala pemenang tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM5,000 dan sijil penghargaan.
01:52Bertemakan Bahasa Melayu, Jambatan Peradaban Global, penganjuran kali ke-16 ini menjadi platform penting dalam mempeluas penggunaan bahasa Melayu sebagai
02:02bahasa ilmu, komunikasi dan diplomasi yang merentasi sempadan budaya serta tamadun dunia.
02:09Sebanyak 174 penyertaan dari 21 negara termasuk Malaysia diterima bagi edisi kali ini.
02:16Majlis Kemuncak PABM 2026 telah disempurnakan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr. Zamri Abdul Qadir secara dalam talian.
Comments

Recommended