Skip to playerSkip to main content
  • 19 hours ago
Usaha sama strategik antara Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), universiti tempatan dan universiti antarabangsa terus membuahkan hasil dalam memperkukuh penguasaan Bahasa Melayu, bukan sahaja di peringkat serantau malah sebagai bahasa komunikasi global. Komitmen berterusan KPT menerusi pembukaan pusat bahasa di universiti terkemuka luar negara membuktikan Bahasa Melayu semakin diterima di persada antarabangsa. Perkembangan ini turut dizahirkan menerusi penyertaan dan pencapaian peserta antarabangsa dalam Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2026 yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Transcript
00:01Usaha sama strategik antara Kementerian Pendidikan Tinggi, KPT, Universiti Tempatan serta Universiti Antarabangsa dilihat bukan sahaja berupaya meningkatkan mutu dan
00:09penguasaan bahasa Melayu di peringkat serantau, malah berpotensi memperkasa bahasa kebangsaan itu sebagai medium komunikasi di peringkat global.
00:17Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Ahmad Nwizal Adnan, kejayaan memartabatkan bahasa Melayu di persadanan terbangsa didorong oleh Komitmen Berterusan
00:26KPT dalam memperluaskan penggunaan bahasa termasuk pembukaan pusat-pusat bahasa di beberapa universiti terkemuka luar negara.
00:35Sebenarnya kalau kita lihat penggunaan bahasa Melayu ini sebenarnya bukanlah satu perkara baru dan ia merupakan satu usaha berterusan di
00:44peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi.
00:45Kalau kita tengok tadi kenapa pelajar Uzbekistan boleh menerangi pertandingan ini kerana adanya usaha daripada beberapa universiti kita untuk mengadakan
00:55kerjasama pelabrasi dengan universiti di Uzbekistan.
00:59Contohnya UPSI telah membuka pusat bahasa mereka di sana dan kita dapat lihat banyak penyataan daripada negara Uzbekistan pada tahun
01:07ini.
01:07Dan saya percaya kalau lebih banyak usaha-usaha yang dibuat oleh universiti kita di luar negara maka bahasa Melayu ini
01:17bukan lagi satu bahasa yang ditutup oleh negara serantau tapi boleh menjadi satu bahasa yang ditutup di peringkat dunia.
01:26Beliau ditemui selepas menyampaikan hadiah kemenangan buat pemenang pidato bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2026 di Kuala Lumpur pada Jumaat
01:35malam.
01:36Sementara itu beliau turut memuji usaha yang dipamer peserta antarabangsa termasuk dari Rusia, Uzbekistan serta Burundi yang menggunakan bahasa Melayu
01:45secara fasih untuk menyampaikan pidato mereka dengan penuh bersemangat.
01:50Penganjuran kali ke-16 PABM pada Jumaat bertemakan bahasa Melayu, Jambatan Peradaban Global.
01:57Antara lain ia menjadi platform penting dalam memperluas penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, komunikasi dan diplomasi yang merentasi sempadan
02:06budaya serta tamadun dunia.
02:09Selain itu sebanyak 174 penyataan dari 21 negara termasuk Malaysia diterima bagi edisi kali ini.
02:16Daripada jumlah tersebut, 99 peserta berjaya melayakkan diri ke peringkat saringan sebelum 50 peserta terbaik dipilih untuk bertanding pada peringkat
02:26pusingan awal.
02:279 peserta bertanding di peringkat akhir mengikut kategori iaitu pelajar asing di Malaysia, alam Melayu dan pelajar antarabangsa.
02:36Ia diadili oleh 5 juri profesional dan berpengalaman dengan diketuai Sastrawan Negara, Datuk Rahman Syari.
Comments

Recommended