Skip to playerSkip to main content
  • 3 minutes ago
Parti Se-Islam Malaysia (PAS) mempersoalkan dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang melabelkan parti itu mempunyai ‘DNA pengkhianat’. Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man sebaliknya mendakwa UMNO sendiri pernah mengkhianati kerjasama politik terdahulu, termasuk menarik sokongan terhadap kerajaan yang dibentuk bersama Perikatan Nasional (PN) di peringkat Persekutuan dan negeri. Isu ini turut mengulangi ketegangan lama susulan pengalaman Muafakat Nasional, sekali gus mencerminkan jurang perbezaan pendirian antara kedua-dua parti politik utama Melayu-Islam tersebut.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sementara itu, PAS mempersoalkan tuduhan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang mendakwa parti itu mempunyai DNA pengkhianat.
00:07Sebaliknya, menyifatkan UMNO sendiri pernah bertindak mengkhianati kerjasama yang dibentuk sebelum ini.
00:14Nyataan tersebut disuarakan oleh timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, yang juga mempersoalkan bentuk pengkhianatan yang dilakukan
00:21oleh UMNO,
00:22dengan menarik sokongan antara perkerajaan yang dibentuk bersama Perikatan Nasional.
00:28Tambahnya, contoh pengkhianatan jelas juga dapat dilihat melalui tindakan UMNO di Johor, Melaka dan Perak apabila menarik sokongan walaupun kerajaan
00:37negeri telah dibentuk secara bersama.
00:39Selain itu, beliau menegaskan penarikan sokongan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri ketika itu turut mencerminkan ketidakselarasan pendirian
00:48UMNO dalam kerjasama politik sebelum ini.
00:51Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, tetap menekankan kepentingan penyatuan umat Islam dan
00:59orang Melayu demi kepentingan masa depan negara.
01:02Menurutnya, PAS sentiasa terbuka untuk bekerjasama mahupun berdepan persaingan politik bergantung kepada pendirian dan keputusan semua pihak.
01:10Pada 7 Mei lalu, Ahmad Zahid menyatakan bahawa UMNO tidak akan kembali bekerjasama dengan PAS sekiranya parti itu masih tidak
01:18mengubah sikap yang disifatkannya sebagai mengkhianati kerjasama politik sebelum ini.
Comments

Recommended