00:28MENUNAIKAN HAJI
00:33Di tengah lautan manusia yang mengelilingi Kaabah, ada seorang wanita yang membawa bersamanya satu impian yang telah lama dipendam.
00:43Rogayah Muhammad Said, pesara guru dari Melaka Tengah, akhirnya menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada musim haji 1447 hijrah ini.
00:53Pada 2009, Rogayah dan suami mendaftar di tabung haji. Setiap bulan, sebahagian daripada gaji mereka disalurkan secara potongan otomatik.
01:03Satu persediaan rapi untuk satu hari yang dinanti bersama.
01:08Namun, takdir Allah mengatasi segala perancangan.
01:11Sebelum sempat melangkah bersama ke Tanah Suci, suaminya terlebih dahulu kembali ke Rahmatullah.
01:19Gembira, sedih sebab sepatutnya saya pergi berdua, tapi Allah sayang suami saya, ambil sarang saya.
01:29Tapi tak seorang pun kat sini, ramai kawan.
01:33Sebab saya pernah mengejakan umrah dengan arwah suami, tadi macam pergi masjid kubah itu semua, memang saya rasa seolah-olah
01:43macam saya pergi sama dengan dia lah.
01:46Kita dah ada kenangan di situ lah.
01:50Jadi macam masa pergi umrah itu, kita pergi juga sehingga masjid di belakang lain.
01:58Kita solat kat situ. Jadi, ada tempat-tempat yang pergi waktu ini, maknanya, orang kata menimbulkan balik kenangan lah bersama
02:09dia.
02:11Kenangan bersama arwah suami itu menjadi teman sepanjang perjalanan di Tanah Suci.
02:15Beliau tidak sedih, malah menyifatkan pengalamannya itu harus dijadikan pengajaran buat generasi muda.
02:22Kita mungkin ada perancangan, tetapi jemputan Allah itu berbeza caranya.
02:28Paling penting baginya, segala impian pasti akan tercapai melalui usaha dari awal.
02:36Cuma, cara ia terlaksana mungkin berbeza kerana Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
02:44Laporan Hilal Azmi dan Ehsan Yahya dari Mekah Al-Mukarramah untuk Astro Awani.
Comments