Skip to playerSkip to main content
  • 38 minutes ago
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memaklumkan bahawa situasi penularan Hantavirus di negara itu ketika ini berada dalam keadaan terkawal. Beliau berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mempunyai kefahaman mendalam mengenai risiko virus berkenaan yang telah lama dikesan dan tidak mudah merebak seperti COVID-19. Sementara itu, WHO mengesahkan lapan individu jatuh sakit dalam wabak Hantavirus yang dikaitkan dengan sebuah kapal persiaran, termasuk tiga kematian. WHO turut menegaskan risiko penularan kepada populasi global kekal rendah, manakala tahap risiko kepada penumpang dan kru kapal berada pada tahap sederhana.
Transcript
00:00Lepas itu Presiden Donald Trump maklumkan situasi jangkitan hantar virus di Amerika Syarikat ketika ini berada dalam keadaan terkawal.
00:08Katanya WHO faham risiko virus perkenaan sambil menyatakan bahawa pertubuhan itu mampu mencari jalan penyelesaian yang terbaik.
00:34Sementara itu WHO mengesahkan lapan individu sakit dalam penularan wabak hantar virus yang dikaitkan dengan sebuah kapal persiaran termasuk tiga
00:43kematian.
00:43Daripada jumlah itu enam kes disahkan positif manakala dua lagi diklasifikasikan sebagai kes berkemungkinan.
00:50Pada 2 Mei kapal persiaran MV Hondius tiba di Eropah ketika kapal itu menuju ke Kepulauan Canary Spanyol.
00:57Kapal terbabit membawa seramai 147 penumpang dan kru manakala 34 individu lain telah meninggalkan kapal berkenaan lebih awal.
01:07Pegawai WHO mengesahkan bahawa sebahagian jangkitan yang dikesan berpunca daripada varian Endis iaitu satu-satunya varian hantar virus yang boleh
01:16merebak daripada manusia kepada manusia.
Comments

Recommended