00:00Airports of Thailand Public Company Limited atau AOT akan menaikkan caj perkhidmatan pelepasan penumpang antarabangsa kepada RM1,120 atau RM136
00:10.24 daripada RM730 atau RM88.80 seorang berkuat kuasa 20 Jun ini.
00:17Langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk menambah baik infrastruktur, keselamatan dan teknologi lapangan terbang.
00:25Presiden AOT berkata hasil tambahan yang dijana daripada semakan semula caj perkhidmatan penumpang atau PSC itu akan digunakan untuk menaik
00:36taraf sistem serta kemudahan lapangan terbang.
00:39Ia termasuk pelaksanaan sistem pemprosesan penumpang untuk kegunaan bersama atau CUPPS dan projek pembesaran terminal.
00:49Beliau berkata kenaikan itu perlu bagi menyokong penambahbaikan perkhidmatan dan mengekalkan daya saing lapangan terbang Thailand di rantau ini.
00:58Walaupun harga tiket mungkin meningkat sedikit, pihaknya percaya ia tidak akan menjejaskan keputusan perjalanan penumpang kerana kadar itu kekal kompetitif
01:08berbanding negara jiran seperti Singapura yang mengenakan caj lapangan terbang sekitar 1,600 baht.
01:14Semakan semula PSC itu hanya terpakai kepada penumpang pelepasan antarabangsa yang melalui lapangan terbang kendalian AOT iaitu lapangan terbang Suvarna
01:26Bumi, lapangan terbang Don Myung, lapangan terbang Chiang Mai, lapangan terbang Phuket dan lapangan terbang Hadnyei.
01:33AOT menegaskan bahawa pelarasan itu tidak menjejaskan penumpang domestik.
01:38Syarikat itu turut menjelaskan kenaikan caj perkhidmatan lapangan terbang itu adalah berasingan daripada cadangan kerajaan Thailand untuk mengenakan yuran perjalanan
01:48keluar sebanyak 1,000 baht ke atas warga Thailand bagi menyokong inisiatif pelancongan domestik.
01:54Terima kasih telah menonton!
Comments