00:00Sekumpulan wanita dan kanak-kanak warga Australia yang dikaitkan dengan kumpulan pengganas IS dilaporkan tiba di negara itu pada Kamis
00:087 Mei selepas bertahun-tahun ditahan di sebuah kamp di Syria.
00:12Media tempatan melaporkan sebahagian daripada mereka berdepan tindakan undang-undang sebaik tiba dengan kehadiran polis di lapangan terbang susulan kebimbangan
00:20keselamatan.
00:24Kerajaan Australia sebelum ini memaklumkan pada Rabu bahawa empat wanita dan sembilan kanak-kanak yang ditahan di timur laut Syria
00:31merancang untuk pulang ke tanah air.
00:33Namun menegaskan mereka tidak akan menerima sebarang bantuan kewangan daripada kerajaan.
00:38Beberapa wanita Australia dilaporkan berlepas ke Syria antara tahun 2012 hingga 2016 untuk bersama-sama suami masing-masing yang didakwa
00:48menitai IS.
00:49Menurut laporan Australian Broadcasting Corporation, seorang wanita dan anaknya tiba di Sydney pada Kamis malam melalui Doha sebelum wanita berkenaan
00:58ditahan polis sejurus mendarat.
01:00Kumpulan kedua pula dilaporkan tiba di Melbourne dengan media tempatan menyatakan kehadiran polis di kedua-dua lapangan terbang.
01:07Polis Persekutuan Australia sebelum ini memaklumkan sesetengah individu dalam kumpulan tersebut mungkin ditahan dan didakwa.
01:14Manakala yang lain akan terus disiasat sementara kanak-kanak terbabit dijangka menjalani program pembelihan dan integrasi semula dalam komuniti.
Comments